Followers

Khamis, 26 Mei 2011

Pagi itu seperti biasa rutin harian Batrisya semakin sibuk. Sejak berpindah bekerja dengan Tengku Harris, hari-harinya dihabiskan di pejabat hingga makan tengahari pun selalu tertinggal. Semua ini gara-gara sikap Haris yang inginkan tugasan disiapkan secepat yang mungkin. Dan dia sebagai pekerja hanya mampu mengikut arahan bos!


 

"Alah Isya, you tak siapkan pun bos takkan marah.. al-maklum tuning tersayang katakan!" Usik Kak Wina, setiausahanya.


 

"Itu kalau dia tak marah, tapi kalau dia marah macamana?" balasnya. Kek Wina terus tersipu-sipu.


 

"Sure Isya taknak makan ni? Kalau tak akak tapaukan?" Tanya Kak Wina. Sungguh prihatin wanita ni. Sejak mula bekerja sampailah sekarang dia senang bertugas dengan orang bawahan seperti Kak Wina.


 

"Takpe lah kak, nanti saya turun kalau saya lapar.."


 

"Okey!"


 

kak Wina terus melangkah meninggalkan gadis tersebut. Sekarang baru dia perasan, office sepi. Semua pekerja dah keluar makan tengahari. Keluhan dilepaskan pelahan. Memang pun dia tunang Tengku Harris, tapi........ ah! sudahlah malas nak fikir, Dia terus menyambung tugasannya yang tergendala. Namun fikirannya tergendala. Egh! kenapa ni...


 

Tetiba dia rasa bulu romanya meremang. Bukan dia tak pernah dengar kisah-kisah menyeramkan dalam office ni. Pernah satu ketika, Kak Wina bercerita dia pernah terserempak dengan suatu lembaga hitam kat bilik hi-tea. Hazman pun juga pernah kena kacau.


 

'Aii.. Isya! tak perlu takut.. hari kan siang..?' Dia cuba memujuk dirinya. Namun getaran hatinya semakin kuat.


 

'Ini tak boleh jadi.. lebih baik' getus hatinya. Dia terus mencapai tas tangan dan ingin beredar. Belum sempat dia bangun. Dia terasa sesuatu menyentuh bahunya.


 

"ARGHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!" dia menjerit sekuat hati.


 

"Hey... kenapa ni? Are you ok?" sapa Tengku Harris. Batrisya membuka matanya pelahan-lahan.


 

"fuh... saya ingatkan han........." dia tidak jadi meneruskan kata-katanya. Tangannya pantas membetulkan tudung yang tersarung dikepalanya.


 

"Ha.. yang awak kejutkan saya ni kenapa?!" Bentaknya.


 

"Saya kejutkan awak? Bila masa pulak?"


 

"Yang tadi tu.."


 

"Sorry ek? Saya dah bagi salam pun. Tapi awak yang jauh berangan ntah apa-apa!" Batrisya terdiam mendengar kata-kata Tengku Harris.


 

"Saya nak Tanya document yang saya minta tu dah siap?" Tanya Tengku Harris. Batrisya menggeleng.


 

"Belum."


 

"What?! You tahu tak i nak semak document tu sekarang? Esok dah nak bentangkan dalam meeting."


 

"I know, tapi......"


 

"Ah! takde tapi-tapi. by 2pm i nak document tu ada atas meja i, faham?" Tengku Harris memintas kata-kata Batrisya.


 

Bulat matanya mendengar arahan dari big bos a.k.a bakal suaminya itu!


 

"Mana boleh...."


 

"kenapa pulak tak boleh?"


 

"You baru je bagi kat i document tu pagi ni.. banyak lagi yang kena baiki!"


 

"itu masalah you, yang penting i nak by 2 pm. fullstop!" Tengku Harris terus meninggalkan gadis itu. Batrisya terasa ingin menangis. Macamana dia nak siapkan document tu hanya dalam masa 1 jam? Tak masuk akal langsung.


 

Langkah Tengku Harris terhenti. Dia kembali menoleh ke arah gadis itu. Mulutnya yang ingin mengatakan sesuatu terhenti apabila melihat wajah murung gadis itu. Keterlaluan ke dia membagi arahan. Memang dia sengaja berbuat sebegitu. Rasa cemburunya masih bersisa sejak pulang dari apartment abangnya. Tunang mana yang tidak sakit hati bila tahu tunangannya berada di rumah abang sendiri waktu malam pulak tu...


 

Teringatkan hal tersebut, kini egonya kembali membara. Dia terus melangkah masuk ke biliknya.

Sabtu, 14 Mei 2011

MAAF...

Assalamualaikum...

First of all saya nak mohon maaf sebab dah lama tak updated new entry. Idea memang banyak, keinginan untuk menulis memang ada, cuma kesibukan harian buat diri ni tak sempat nak jenguk blog ni.. apa pun, saya akan try luangkan masa untuk sambung kembali kisah CINTA BATRISYA yang terputus 'sementara' waktu ni.. :) harap semua kembali mengikuti ye.. Assalamualaikum..

Jumaat, 15 Oktober 2010

CINTA BATRISYA [16]

TENGKU RAZMAN memangku kepala Danish. Badan Danish yang masih terasa hangat itu diusap perlahan. Sudah seminggu demam anak kesayangannya itu belum sembuh. Hembusan nafas Danish diperhatikan perlahan.

"Papa, Danish nak jumpa aunty... Bila Danish boleh jumpa aunty?" Soal Danish lemah. Tengku Razman pening bagaimana untuk menjawab. Tiap kali Danish membuka mata, pertanyaan itu juga yang diulang berkali-kali.

Handphone di tepi meja di capai. Dia masih berbelah bahagi sama ada untuk meneruskan hajatnya atau tidak. Tapi bila memikirkan keadaan Danish, dia mula risau. Pelahan kepala Danish dialihkan ke bantal sofa. Dia bangun dan melangkah ke luar beranda. Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar, pohonnya dalam hati.

"Helo.. Assalamualaikum.."

Tengku Razman terdiam bila mendengar suara gemersik Batrisya di hujung telefon. Betapa dia merindui gadis itu. Lama dia terdiam. Tiba-tiba lidahnya terasa kelu.

"Walaikumsalam.. Esya, ini Raz.." ucapnya pelahan.

"iye.. Esya tahu.. Raz kat mana ni?" soal Batrisya kembali.

"kat rumah.." Jawabnya ringkas.

"Erm.. ada apa-apa yang Esya boleh tolong?" Batrisya cuba berlagak biasa. Walaupun terasa suaranya sedikit kaku. Berbeza ketika mereka mula-mula bertemu dahulu. Ah.. yang pasti jejaka itu bakal menjadi abang iparnya tidak lama lagi, pujuk hatinya.

"Macam ni.. saya nak bagitau you yang Danish nak sangat jumpa dengan you.. sebab sekarang Danish tengah demam and..."

"Demam? Dah bawa dia pergi klinik?" Batrisya mula panik. Dia terus bangun dari pembaringan. Hatinya tidak keruan mendengar khabar yang baru diterimanya. Pantas tangannya mencapai kunci kereta. Laju langkahnya berlari menuruni anak tangga. Terbang semua kemarahan pada Tengku Razman. Dia hanya memikirkan tentang Danish.

"I pergi rumah you sekarang ok?" tanpa banyak soal dia terus menekan punat merah di handphonenya. 'Danish.. Maafkan aunty..' Dia merintih kesal.


"DIA dah tidur... tadi dah bagi makan ubat..baru dia lena.." itulah penjelasan Tengku Razman saat kakinya menapak ke apartment milik Tengku Razman.

"Terusk sangat nih, takkan doctor tak kasi apa-apa lagi.. dah seminggu Danish demam, mana boleh biarkan." Batrisya mula risau. Wajahnya berkerut. Tangannya mengusap-usap kepala Danish perlahan. Matanya masih tertacap pada raut wajah anak kecil itu. Simpatinya menggunung. Sesekali anak kecil itu bergerak.

"Awak tak bawak dia pergi hospital ke?"soal Batrisya lagi.

"Dah bawa.. ini pun dia baru keluar wad semalam. Doctor suruh rehat. Mungkin dua tiga hari lagi Danish akan sembuh.. You tak perlu risau.." jelas Tengku Razman. Dia hanya memerhati gadis di hadapannya. Kelihatan ada kesan bengkak di bawah mata Batrisya dan wajah itu kian susut.. terseksakah dia?

Keluhan Batrisya membuatkan Tengku Razman tersentak. "Okaylah.. i balik dulu.. kalau ada apa-apa, you call i ok? Esok i cuba datang sini.." Batrisya meminta izin untuk beredar. Tengku Razman hanya mengangguk perlahan.

"Maaflah menyusahkan.."

"Tak jadi masalah.." Batrisya tersenyum sebelum melangkah. Tetapi langkahnya terhenti melihat seraut wajah tegang sedang berdiri di belakangnya. Tengku Harris!


"Hahaha... dah nak balik ke sayang?" Kata-kata Tengku Harris membuatkan jantung Batrisya berdegup kencang.

"Sorrylah, tadi i cari parking.. lambat sikit.." buntang mata Batrisya mendengar kata-kata Tengku Harris. Dahinya berkerut untuk memahami kata-kata lelaki itu. Bila pulak aku berjanji dengan dia? soal hatinya. Tengku Harris yang tersenyum terus memeluk bahu Batrisya dan membawanya masuk kembali ke dalam apartment Tengku Razman. Tengku Razman yang memerhatikan hanya diam seribu bahasa. Batrisya cuba menolak tangan sasa Tengku Harris tetapi Tengku Harris memberi isyarat mata.

"Jangan kau nak buat hal.."bisik Tengku Harris pelahan di telinga Batrisya. Mahu tidak mahu Batrisya terpaksa mengikut rentak Tengku Harris. Nanti tak pasal-pasal dia pulak kena.

"Mummy bagitahu Danish demam. Itu yang kami datang ni.. kan sayang?" jelas Tengku Harris pada abangnya sambil menghulurkan buah tangan yang baru dibelinya. Bibirnya masih lagi mengukir senyuman walaupun hatinya teramat sakit melihat kelibat tunangnya di apartment tersebut.

Sebenarnya, dia cuba menghubungi Batrisya tetapi gagal. Namun, bila dia cuba menelefon apartment Batrisya, bibik bagitahu dia sudah keluar. Rancangannya untuk menonton teater malam itu terpaksa dibatalkan kerana dia tahu gadis itu begitu meminati seni teater. Terus dia singgah di apartment abangnya untuk melawat Danish yang demam!

"Nak minum apa? abang boleh buatkan.." Tengku Razman bersuara kembali selepas mereka duduk di sofa ruang tamu di apartment itu.

"eyh.. tak payah..."

"iye..iye.. boleh jugak bang.. saya nak coke je bang!" Pantas Tengku Harris memotong kata-kata Batrisya

Batrisya terdiam. Yang pasti selepas ini pasti perang tercetus lagi! bencinya.....!!!


Jumaat, 8 Oktober 2010

CINTA BATRISYA [15]

BATRISYA menolak perlahan pintu bilik hospital yang menempatkan Tengku Harris. Sejambak bunga putih digengamnya kemas. Hatinya berdebar menanti reaksi Tengku Harris. Mungkin akan dijerkah seperti selalu atau ...

"Masuklah, buat apa tercegat kat situ?" Belum pun sempat memberi salam, sudah terdengar jerkahan Tengku Harris. Batrisya mengangguk pelahan. Tengku Harris kembali menyambung bacaannya. Dari pagi dia menanti gadis tersebut, malam baru nak datang! rungutnya dalam hati. Dia berpura-pura kusyuk meneruskan bacaan walhal tidak ada satu pun melekat di kotak fikirannya. Namun, anak matanya sempat melirik pada gadis tinggi lampai tersebut.

Batrisya meletakkan jambak bunga putih tadi di atas meja kecil berhampiran dengan katil Tengku Harris dan duduk di bangku bersebelahan katil Tengku Harris.

"Awak ok?" Dia bersuara sebaik dilihatnya Tengku Harris tidak memberikan apa-apa respon dengan hadiran dirinya.

"Awak pun nampak saya macamana sekarang, kalau saya sihat taklah duduk kat dalam bilik ni!" Jawab Tengku Harris kasar. Batrisya tunduk. Kehadirannya bukan untuk bertanya khabar, tetapi dia ingin membebaskan Rizal dari tahanan polis.

"lepaskan Rizal!" Dia bersuara pelahan. Kini dia sudah malas hendak berlembut dengan kelakuan Tengku Harris yang sentiasa berkasar dengannya. Pandangannya tertumpu pada lelaki berkenaan. Tengku Harris tersenyum sinis. Dia sudah tahu kehadiran wanita itu bukan untuknya tetapi untuk lelaki jahanam itu.

"Tengoklah macamana.."

"Dia tak salah...."

"Iye!! Dia memang tak salah tapi kau yang salah! Gatal tak sedar diri, pergi rumah lelaki jahanam tu buat apa? Kau tu tunang aku, kau lupa ke?!" Tengku Harris mula berang dengan sikap tunangnya yang tidak habis-habis menyebelahi Rizal. Dengan kuasa yang dia ada, dia boleh buat Rizal lebih teruk dari itu.

Mata Batrisya mula merah. Entah mengapa, dia begitu sensitif dengan kata-kata Tengku Harris.

"itulah perempuan, sikit-sikit nak nangis!" Tengku harris merengus kasar. Lama-lama kedengaran pula esakan kecil dari bibir Batrisya. Tengku Harris jadi bingung. Ergh! dia tidak pandai bab pujuk-pujuk ni. Anak matanya memandang wajah gadis yang kian merah itu. Simpatinya kian timbul. Apa nak buat ek? macamana nak pujuk nih? hatinya berdolak balik mencari idea. kaki yang dilunjurkan diturunkan ke bawah katil untuk menukar posisinya menghadap gadis tersebut. Batrisya hanya tertunduk sambil menangis. tangan Tengku Harris terketar-ketar. Tidak tahu mahu pegang bahu ke kepala? Argh... kacau betullah!!!
Kenapa aku gabra nih??

Batrisya terus berdiri. Dia ingin pulang. Tengku Harris terkejut dengan riaksi mengejut Batrisya. Hampir saja mukanya berlaga dengan Batrisya. Batrisya sudah pantas melangkah ke arah pintu.

"Tunggu!!" Tengku Harris terus berdiri untuk mengejar gadis tersebut.

"okey, i setuju lepaskan Rizal, tapi dengan syarat!" Batrisya terhenti. Pelahan dia menoleh kembali memandang Tengku Harris.

"Syarat?" soal Batrisya.

" Iye...... erm......" syarat apa patut aku bagi ah? otaknya ligat berfikir. Apa ye? Tengku Harris menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Syarat apa?" soal Batrisya lagi. Tengku Harris buntu. Kali ini dia tidak tahu untuk berfikir.

"Syarat apa?!!!"

"kita kahwin!" meluncur jawapan itu dari mulut Tengku Harris kerana terkejut dengan jerkahan Batrisya.

"Hah?!!" kali ini dua-dua terpaku.


Khamis, 26 Ogos 2010

CINTA BATRISYA [14]


Rizal benar-benar merasa puas. Kini hajatnya kian tercapai. Dia yakin Batrisya akan menjadi miliknya. Sudah 3 hari gadis itu menetap di rumahnya.

"Isya dah makan?" soal Rizal lembut. Sejak tadi dia melihat gadis itu termenung di tepi kolam renang. Batrisya hanya mengangguk pelahan. Kedinginan malam benar-benar terasa. Rizal menyarungkan jaket yang dipakainya ke tubuh Batrisya. Gadis itu cuba menolak tetapi Rizal tidak peduli.
"Thanks." Batrisya hanya mampu tersenyum. Sesaat dua, mereka hanya berdiam diri. Rizal tidak tahu apa yang harus dibicarakan.

"Abang... ada orang nak jumpa!" Suara Qistina mengejutkan mereka. Batrisya memandang lelaki di hadapan. Mereka tertanya-tanya. Kedua-dua mereka melangkah meninggalkan perkarangan kolam renang dan menuju ke ruang tamu.

Mata Batrisya membesar saat melihat susuk tubuh yang duduk di sofa ruang tengah. Harris? Dia buat apa kat sini? Hatinya tertanya-tanya. Belum sempat Rizal bertanya, gadis itu sudah menerpa ke arah Harris.

"Buat apa kau datang sini?" soalnya keras. Harris yang termenung terkejut dengan sergahan itu. Dia kembali tersenyum. Bagi Batrisya senyuman itu adalah satu senyuman yang menjelikkan!
"Jom kita balik.." Tangan Batrisya dipaut lembut senada dengan kata-kata yang terlontar dari mulutnya.

"Lepaslah.. apa pegang-pegang ni?!" Batrisya menarik kasar tangannya. Namun Tengku Harris memegang kejap tangan gadis itu. Batrisya mula merasa sakit.


"Lepaskan dia!" Suara Rizal memecahkan pergelutan antara mereka berdua. Hatinya geram melihat perlakuan lelaki itu pada gadis pujaannya. Datang tak diundang, kenal pun tidak. Tahu-tahu nak kurang ajar!

Tengku Harris tidak peduli kata-kata Rizal. Dia terus menarik kasar Batrisya untuk dibawa pulang. "Lepaslah!!! Saya taknak balikkk! Awak tak faham ke???" Batrisya mula meronta-ronta.

Bok! Satu tumbukan tepat mengena pipi kiri Tengku Harris. Batrisya terpaku. Tangannya terlepas dari genggaman tengku Harris.

Tengku Harris yang tersungkur mula terasa pening. Demamnya masih belum kebah. Tubuhnya terasa begitu lemah. Dia cuba untuk bangun tetapi tidak berdaya. Terasa cairan hangat mengalir di bibirnya. Darah! Batrisya kian panik.

"Rizal stop!!" Dia menjerit bila Rizal cuba mengulangi perbuatannya. Dia duduk di hadapan Tengku Rizal untuk menghalang tindakan Rizal. Di tidak mahu pergaduhan itu berlaku.

"Isya, tepi. Biar i ganyang budak hantu ni!" Rizal menarik tangan Batrisya untuk beralih dari tempat itu.

"I kata sudah!!" Namun jeritan itu tidak dipedulikan. Rizal terus menerajang perut Tengku Harris. Tengku Harris sedikit pun tidak membalas.

"Sudah Rizal! Please... Jangan buat dia macam tu." Walaupun dia tidak pernah mempunyai perasaan terhadap Tengku Harris, namun melihat keadaan itu membuatkan dia menangis. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia harus menangis!

Rizal tidak mempedulikan rayuan Batrisya. Qistina yang mendengar jeritan Batrisya terus turun ke ruang tamu. Dia begitu terkejut melihat tindakan abangnya, segera dia menjerit memanggil pembantu rumah mereka.

"Astagfirullahalazim! Rizal bawak mengucap nak!" Pak cik Johan yang baru sampai terkejut melihat pergelutan itu. Segeran tangan Rizal ditarik.

Batrisya yang terduduk tidak jauh dari situ benar-benar takut melihat perubahan watak Rizal. Tidak pernah dia melihat Rizal mengamuk sebegitu. Setahunya, Rizal seorang yang penyabar. Mana mungkin dia berkelakuan seperti itu. Dia menerpa ke arah Tengku Harris. Tubuh lelaki itu digoyang-goyangkan. Namun hampa. Tengku Harris sudah tidak sedarkan diri. Pak cik Johan segera menelefon ambulan. Batrisya menangis tidak henti. Rizal hairan melihat kelakuan Batrisya.

"Dia tunang aku! Kau memang tak ada hati perut!!!" Batrisya mula menjerit dan menghempas-hempas tubuh Rizal. Kali ini Rizal pula terasa ingin pengsan mendengar pengakuan Batrisya.

Jumaat, 13 Ogos 2010

LUKISAN HATI [1]

PANAS. Syifa memandang sekeliling. Hatinya geram bukan main. Kalau diikut hati, mahu saja dia menempalak senior yang kurang ajar tadi.

" Suka-suka hati suruh aku pusing pokok 7 kali ! Nasib baik tengah orientasi, kalau tak memang dah siap aku balun dengan kasut ni." Dia mengomel sendiri sambil matanya melilau mencari seseorang.

Punggungnya dilabuhkan di atas bangku panjang di stesen bas itu setelah penat berdiri. Peluh mula meleleh di dahinya. Sekejap dia berdiri dan beberapa saat dia duduk kembali. Sekeping kertas digunakan untuk mengipas raut wajahnya yang kepanasan. Tangan kirinya dicekakkan pada pinggangnya. Dia benar-benar hilang mood hari ini.


" Mana pulak Abang Shah ni !" Matanya sempat mencuri pandang ke arah jam di tangannya. 6: 15 petang. Pelajar-pelajar lain sudah mula beransur pulang. Kini tinggal dua orang saja yang masih menanti di situ untuk dijemput pulang. Tinggal dia dan seorang pemuda yang duduk di hujung bangku. Dan dia pula di hujung sebelah sini. Nasib baiklah. Kalau tidak, mungkin tinggal dia seorang saja di sana. Harap-harap dia ini baik orangnya kalau tidak? Argh! Desis hatinya. Dia mula membayang sesuatu yang buruk. Pantas tangannya menyelongkar beg sekolah yang digalasnya. Mencari sesuatu.


" Alamak! Handphone tak bawa pulak." Dia mengeluh lagi. Baru dia perasaan handphone kesayangannya tidak dibawa sekali pagi tadi.

" Ini semua Abang Shah punya pasal, tadi ada juga student bawa handphone. Ini tak pasal-pasal kena tunggu dia, ntah mana dia pergi. Menyusahkan betullah !" Omelnya lagi.

Dia memicit-micit dahinya. Kepala terasa berat. Tangannya kembali menyelongkar beg sekolah itu. Berharap handphone kesayangannya berada di dalam beg tersebut. Hampa. Dia merengus pelahan. Matanya kembali memandang kereta yang melintas. Sebuah buku di dalam beg dikeluarkan. Tangannya kembali mengipaswajahnya yang mula kemerah-merahan menahan bahang kepanasan cuaca pada ketika itu.


TANPA sedar, setiap gerak lakunya diperhatikan Daniel yang duduk tidak jauh dari situ. Pelik melihat gelagat gadis tersebut. Sekejap berdiri, sekejap duduk Mulutnya tidak habis berkata sesuatu. Tetapi kurang jelas dipendengarannya.


" Daniel!!" serentak kedua-dua pelajar itu menoleh.

" Hai ! awak masuk kolej ini ke?" Daniel meraup wajahnya. Dia bangun dari bangku tersebut dan berjalan ke tepi tiang stesen. Tubuhnya disandarkan pada tiang stesen tersebut. Syifa yang berada tidak jauh dari situ memasang telinga. Dia memandang sekilas ke arah gadis yang berdiri di hadapan pelajar yang bernama “Daniel” itu. Uniform gadis itu diperhatikan dari atas hingga ke bawah. 'Ah..dia ni senior kat sini!' teka hatinya
apabila melihat gadis itu tidak memakai pelekat seperti mereka.

' Cantik ! dan lelaki yang bernama Daniel itu pun... Kacak ! Padanlah tu..' kali ini dia mula membuat kesimpulan sendiri.

' Esh! kau ni Syifa, pandai-pandai je nak padankan orang !' Dia mengeleng-geleng mendengar suara hatinya.

" Tak sangka awak sambung kat sini.. " kata-kata gadis itu menyapa telinga Syifa. Dia berpura-pura memandang ke jalan raya. Seolah-olah dia tidak mengetahui bibit bicara kedua remaja berkenaan. Hanya sesekali dia memcuri pandang ke arah mereka.

" Erm.." Daniel menjawab acuh tak acuh. Tangannya terus menyeluk poket seluar sekolah berwarna hitam. Kotak rokok dikeluarkan. Sebatang rokok disuakan ke bibirnya. Dikesempatan itu, pandangannya kembali ke arah gadis pelik di hujung bangku. Tanpa sedar mata mereka bersatu.

' Apa pandang-pandang? Dah ada girlfriend tu buatlah ada girlfriend. Ini tidak. Depan kekasih sendiri pun boleh melirik pada perempuan lain' detik hati syifa. Satu jelingan dihadiahkan kepada lelaki tersebut. Padan muka! Desis hatinya lagi. Daniel hanya tersenyum kelat dengan reaksi yang diberikan gadis di hujung bangku itu. Jarang dia diperlakukan begitu. Namun dia tidak kisah. Satu hembusan asap dikeluarkan dari mulutnya. Lega.

" Syifa.. Jom balik.." satu tepukan di bahunya mengejutkan Syifa. Mulutnya mula muncung protes dia merajuk atas kelewatan Shahrol.

" Itulah terlalu asyik sangat pandang budak tu apasal, Abang Shah datang pun tak perasan" Usik Shahrol sambil tersenyum memandang Syifa. Beg sandang di atas bangku dicapai Shahrol.

" Abang... esh, dah lama syifa tunggu tau? " rungut Syifa. Tidak sampai hati pula dia nak marah bila lihat wajah keletihan abangnya.

" Abang ada meeting Majlis Pelajar tadi.. Sorry ye.." Jawab Abang Shah ringkas. jJri telunjuknya mencuit hidung adik kesayangannya itu. Syifa menepis. Mulutnya masih muncung.

" Okeylah, lepas ni kita pergi makan ice cream dulu ye?" Persis seorang anak kecil Syifa terus meloncat bangun mendengar kata-kata Shahrol. Shahrol tersenyum senang. Kaki mereka bergerak melangkah ke parking kereta bersebelahan dengan stesen bas tersebut. Mulut Syifa tidak berhenti menceritakan aktiviti yang diberikan sepanjang orientasi dijalankan. Shahrol hanya diam dan mendengar omelan adik bungsunya itu.

Dari kejauhan, Daniel hanya memandang gadis pelik dan lelaki yang bernama 'Abang' itu berlalu pergi. Rokok yang hampir separuh dicampakkan ke dalam longkang. Kini kakinya pula berjalan meninggalkan stesen bas itu tanpa menghiraukan gadis yang menyapanya tadi. " Daniel!!"

SEMINGGU berlalu.

"AKU salah jadual.. sebab itu yang aku tak masuk kelas ni.." itulah jawapan yang diberikan Syifa sebaik saja Jeenah sibuk bertanya mengapa dia tidak hadir kuliah minggu lepas. Dia benar-benar keletihan. Mana tidaknya, dah beberapa kali dia tersesat di kolej itu. Dah lah bentuk bangunan semua hampir sama. Tidak pasal-pasal dia meronda setiap bangunan untuk mencari kelas. Akhirnya dia selamat juga bertemu. Minggu lepas dia terlepas kelas tersebut sebab tersesat dan salah jadual.

" Habis tu kenapa tak call aku ?" Soal Jeenah.

" Aku tak bawa handphone. Abang Shah tak kasi bawa." jawab Syifa.

" Iye ke? Alah.. Aku tengok semua budak intake kita bawa handphone. Kau saja yang kolot . Terlalu ikut undang-undang sekolah ni. Tengok ni?" Jeenah menayangkan Handphone berwarna merah jambu di hadapan Syifa.

"Wah.. Yang baru lagi ke?" Tanya Syifa teruja. Dia membelek-belek handphone baru milik Jeenah.

"A'ah.. abah hadiahkan semperna aku masuk kolej ni." Jawabnya bangga. Syifa mencebik.

Matanya mula memerhati sekeliling kelas. Semua pelajar di dalam class itu hampir dia kenal. Hanya beberapa orang saja muka baru yang baru di situ.

"Kau gaduh lagi dengan Faisal ek?"
Syifa memandang Jeenah kembali. Mengangguk tidak, mengiakan pun tidak. Dia kembali memandang handphone Jeenah di atas meja. Canggih. Seperti biasa, yang dilakukan pada handphonenya, tangannya mula memusing-musing handphone berkenaan. Fikirannya melayang memikirkan hubungannya dengan Faisal. Satu keluhan dilepaskan.

" Kau bukan tak tahu. Aku memang tak ada perasaan dengan dia." jawabnya pelahan. Dia sedar itu alasan yang beratus kali sudah terluah dari mulutnya. Mata redupnya memandang sahabat karibnya itu. Mohon pengertian.

" Itulah kau ! Siapa suruh kau terima dia dulu?" Jeenah tidak berpuas hati dengan kenyataan Syifa.


"Bukan aku yang nak. Dia yang paksa." Jawabnya ringkas. Mempertahankan kebenaran. Dia tidak mahu dipersalahkan. Faisal yang mendesak dirinya itu hubungan mereka. Walhal Faisal tahu dia tidak punya perasaan. Konon perasaan itu akan timbul kemudian hari. Haprakk!! sampai sekarang perasaan itu tidak pernah wujud di dalam hati Syifa walaupun sudah hampir dua tahun mereka bersama.

" Wah wah wah.. dah kena macam ni baru nak salahkan orang lain." Jeenah berkata keras. Dia menolak pelahan bahu Syifa pelahan.

" Sakitlah! Ssh.. aku nak fokus study dulu. Aku bukan serius pun dengan dia.." balas Syifa.

“ Iyelah tu... Study ! Study! Study! itu je yang kau tahu. Satu hari nanti, aku pasti kau akan tunduk pada perkataan cinta!!” tekan Jeenah. Memang sukar untuk memahami Syifa. Entah kenapa dia begitu benci pada perkataan cinta. Sedangkan gadis itu tidak pernah pun menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki sebelum Faisal. Lainlah kalau dirinya yang sentiasa dicurangi dalam percintaan. Bolehlah serik. Ini tidak. Dia sendiri tidak faham. Hanya Syifa yang tahu jawapan itu.

Sorry ek.. takde cinta-cinta sebelum kahwin.. Aku nak bercinta selepas kahwin.. baru best!" Syifa berkata penuh yakin.

“ Eleh. cakap je tu.. nnt kau juga yang merana ..” cebik Jeenah.

“ Okey, we will see !!” balas Syifa angkuh. Dia tidak mungkin kalah. Itulah prinsipnya. Perbualan mereka terhenti sebaik sahaja Pensyarah Mokhtar melangkah masuk.

Isnin, 2 Ogos 2010

LUKISAN HATI [PROLOG]


"SEGALANYA ditangan awak. Sama ada dia atau saya, saya tetap akan hormati. Saya tidak akan paksa awak untuk memilih saya... Apa pun yang terjadi selepas itu, saya akan pastikan saya tidak lagi muncul di hadapan awak." hanya itu yang terluah olehnya. Lelaki di hadapannya dipandang sepi. Anak tekaknya terasa begitu perit. Air mata yang ingin keluar cuba ditahan sedaya upaya.

"Perkahwinan ini kita terpaksa tangguhkan buat sementara waktu !" itulah kata-kata yang lahir dari lelaki itu setelah mereka bertemu di coffee zone lapangan terbang tersebut. Sebentar lagi lelaki di hadapannya ini akan pergi untuk menyambung kursus selama setahun di luar.

"Saya tak mampu berkata apa-apa. Saya pening.. lagipun saya mesti fikirkan perasaan dia dan keluarga." Lelaki itu masih tertunduk. Sesekali kepalanya memandang keluar jendela yang melihatkan deretan kapal terbang dari berbagai destinasi. Hujan yang turun sejak tadi mengaburi pandangan. Namun bukan itu menjadi fokusnya sekarang. Matanya kembali menatap wajah di hadapan.

"Macamana dengan keluarga saya ?" dia mula bersuara. Lelaki itu menggeleng beberapa kali. Seolah-olah tidak mampu membuat keputusan yang jelas. Air coffee yang tersedia di atas meja tidak mampu dihirup lagi. Segalanya kosong. Kali ini dia benar-benar tumpas. Airmatanya mengalir pelahan. 'Benarkah mereka tidak punya harapan untuk bersama lagi? Benarkah dia akan kehilangan insan yang benar-benar dia sayangi ?'

"Dia ada di sini.." Lelaki itu bersuara pelahan. Dia terdiam.

"Bukankah daddy awak yang..."

"Daddy ada sekali."

"Owh.." Dia tertunduk.

"Saya pergi dulu, Assalamualaikum!" Dia terus mencapai beg tangan di atas meja. Tubuh lampainya terus meninggalkan lelaki itu walaupun cuba ditahan. Inilah kali pertama dan mungkin yang terakhir dia akan menghantar lelaki itu pergi. 'pergilah.. dan jangan kembali lagi..' naluri wanitanya merintih sedih...

True of Love

Daisypath Anniversary tickers