*********
"Leeza..."
"Yaa.. I know, but u should know!" Leeza memotong cakapku.
"Antara aku dan dia memang takde apa-apa..and.." Aku menarik nafas dalam-dalam. Kuat dan tabahkan hatiku ya ALLAH!
"Dia call aku semalam." Leeza kembali bersuara.
"Thats good!" Aku cuba berlagak tenang. tapi hakikatnya..
"Dia nak kita bertiga berjumpa.." Leeza merenungku. Aku terdiam.
"untuk apa..."
"Isya.. Dia nak sangat berjumpa dengan kau..." Leeza seakan-akan merayu padaku. Aku tunduk. Argh!! kenapa dia nak jumpa aku???
Aku diam.
"Aku sibuk lah Leeza. Final project untuk model-model tu aku kna hantar hujung bulan ni. So, i think i cant make it!" Aku bersuara lemah.
"Isya..."
"Ok, keputusan aku muktamad. Aku sibuk... sorry ek? pleasee... jangan paksa aku??" Aku berkata lembut. Kenangan kat maktab dulu bermain di minda ku. Memang best, kami bersahabat baik dan akhirnya melahirkan bibit-bibit percintaan yang sukar aku lupakan. Tapi segalanya hancur selepas Rizal menduakan cinta kami. Bagiku cukuplah peluang itu datang sekali. Tak mungkin untuk kedua atau.. Ah! itukan namanya cinta monyet? Monyet pun tak bercinta macam tu.. Aku tersenyum!
"Beranganlah tu... tak pandai berubah. sama lah kau dengan Rizal. asyik berangan je kalau org tengah bercakap!"
Senyumku terus mati bila dengar kata-kata Leeza!
************
Petang itu aku lewat masuk pejabat. Dan kali ni, aku dikejutkan dengan sejambak bunga di atas meja! Ini dah lebih, dah lah takde nama pengirim. Aku mengambil bunga tersebut.
Macam biasa, ku letakkan atas meja syasya. Pasti pengirim ini dah salah orang. Mana lah tahu si pujaan hati satu pejabar dengan aku. Aku kembali dengan tugasku.
"Wah!!!" jeritan Syasya mengejutkan aku. Bertuah punya budak! Dia memandangku sambil tersegeh-sengeh.
"Apa?"
"Kak.. takkan ni pun nak kasi Syasya? Syasya taknak lah!" Dia meletakkan bunga itu kembali di atas mejaku.
"Lagipun..... orang tu nak kat akak, bukan syasya." sambungnya. Dia memain-main pen ditangannya.
"Orang? Orang mana?" tanyaku. Mataku kian mengecil bila melihat perubahan wajah Syasya.
"Syasya! baik cakap. Orang mana nih?" Aku terus mendesak. Budak ni kan...
"Orang ni!" Satu suara hinggap di telinga ku. Suara yang sudah bertahun hilang dari pendengaranku dan kini menerjah kembali. Aku menoleh.
"Haii!" sapanya. Dia datang menghampiri ku. Mataku terpaku memandangnya. Kini lidahku kelu. Dan segalanya terasa pahit!! ARGH!!!! Aku benci situasi macam ini.
"Kita jumpa lagi kan.?" Dia menghulurkan tangan kepadaku. Aku hanya memandang lemah. apa ini mimpi?
"Isya dah tak ingat kat Rizal?" sambungnya. Kini dia berdiri tegak dihadapanku sambil tersenyum. Masakan aku lupa! Dia cinta pertama ku. Kali ni aku terasa mahu menjerit. Aku memandang Syasya minta pertolongan. Ah! Syasya pun satu. Kenapa dia tak bagi tau aku ada tetamu. tetamu tak diundang! Mataku tajam memandangnya.
"Akak... Nilah bos baru kita." Syasya berkata pelahan. Aku terdiam. Bos baru? Ah! Tak mungkin.
"Erm, akhirnya DIA ketemukan kita lagi kan? macam tak percaya." kata-katanya membuatkan kepalaku berpusing. Bencinya!!!!!!!!!!! Jangan nak perasan!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan