Followers

Khamis, 26 Ogos 2010

CINTA BATRISYA [14]


Rizal benar-benar merasa puas. Kini hajatnya kian tercapai. Dia yakin Batrisya akan menjadi miliknya. Sudah 3 hari gadis itu menetap di rumahnya.

"Isya dah makan?" soal Rizal lembut. Sejak tadi dia melihat gadis itu termenung di tepi kolam renang. Batrisya hanya mengangguk pelahan. Kedinginan malam benar-benar terasa. Rizal menyarungkan jaket yang dipakainya ke tubuh Batrisya. Gadis itu cuba menolak tetapi Rizal tidak peduli.
"Thanks." Batrisya hanya mampu tersenyum. Sesaat dua, mereka hanya berdiam diri. Rizal tidak tahu apa yang harus dibicarakan.

"Abang... ada orang nak jumpa!" Suara Qistina mengejutkan mereka. Batrisya memandang lelaki di hadapan. Mereka tertanya-tanya. Kedua-dua mereka melangkah meninggalkan perkarangan kolam renang dan menuju ke ruang tamu.

Mata Batrisya membesar saat melihat susuk tubuh yang duduk di sofa ruang tengah. Harris? Dia buat apa kat sini? Hatinya tertanya-tanya. Belum sempat Rizal bertanya, gadis itu sudah menerpa ke arah Harris.

"Buat apa kau datang sini?" soalnya keras. Harris yang termenung terkejut dengan sergahan itu. Dia kembali tersenyum. Bagi Batrisya senyuman itu adalah satu senyuman yang menjelikkan!
"Jom kita balik.." Tangan Batrisya dipaut lembut senada dengan kata-kata yang terlontar dari mulutnya.

"Lepaslah.. apa pegang-pegang ni?!" Batrisya menarik kasar tangannya. Namun Tengku Harris memegang kejap tangan gadis itu. Batrisya mula merasa sakit.


"Lepaskan dia!" Suara Rizal memecahkan pergelutan antara mereka berdua. Hatinya geram melihat perlakuan lelaki itu pada gadis pujaannya. Datang tak diundang, kenal pun tidak. Tahu-tahu nak kurang ajar!

Tengku Harris tidak peduli kata-kata Rizal. Dia terus menarik kasar Batrisya untuk dibawa pulang. "Lepaslah!!! Saya taknak balikkk! Awak tak faham ke???" Batrisya mula meronta-ronta.

Bok! Satu tumbukan tepat mengena pipi kiri Tengku Harris. Batrisya terpaku. Tangannya terlepas dari genggaman tengku Harris.

Tengku Harris yang tersungkur mula terasa pening. Demamnya masih belum kebah. Tubuhnya terasa begitu lemah. Dia cuba untuk bangun tetapi tidak berdaya. Terasa cairan hangat mengalir di bibirnya. Darah! Batrisya kian panik.

"Rizal stop!!" Dia menjerit bila Rizal cuba mengulangi perbuatannya. Dia duduk di hadapan Tengku Rizal untuk menghalang tindakan Rizal. Di tidak mahu pergaduhan itu berlaku.

"Isya, tepi. Biar i ganyang budak hantu ni!" Rizal menarik tangan Batrisya untuk beralih dari tempat itu.

"I kata sudah!!" Namun jeritan itu tidak dipedulikan. Rizal terus menerajang perut Tengku Harris. Tengku Harris sedikit pun tidak membalas.

"Sudah Rizal! Please... Jangan buat dia macam tu." Walaupun dia tidak pernah mempunyai perasaan terhadap Tengku Harris, namun melihat keadaan itu membuatkan dia menangis. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia harus menangis!

Rizal tidak mempedulikan rayuan Batrisya. Qistina yang mendengar jeritan Batrisya terus turun ke ruang tamu. Dia begitu terkejut melihat tindakan abangnya, segera dia menjerit memanggil pembantu rumah mereka.

"Astagfirullahalazim! Rizal bawak mengucap nak!" Pak cik Johan yang baru sampai terkejut melihat pergelutan itu. Segeran tangan Rizal ditarik.

Batrisya yang terduduk tidak jauh dari situ benar-benar takut melihat perubahan watak Rizal. Tidak pernah dia melihat Rizal mengamuk sebegitu. Setahunya, Rizal seorang yang penyabar. Mana mungkin dia berkelakuan seperti itu. Dia menerpa ke arah Tengku Harris. Tubuh lelaki itu digoyang-goyangkan. Namun hampa. Tengku Harris sudah tidak sedarkan diri. Pak cik Johan segera menelefon ambulan. Batrisya menangis tidak henti. Rizal hairan melihat kelakuan Batrisya.

"Dia tunang aku! Kau memang tak ada hati perut!!!" Batrisya mula menjerit dan menghempas-hempas tubuh Rizal. Kali ini Rizal pula terasa ingin pengsan mendengar pengakuan Batrisya.

Tiada ulasan:

True of Love

Daisypath Anniversary tickers