Followers

Jumaat, 13 Ogos 2010

LUKISAN HATI [1]

PANAS. Syifa memandang sekeliling. Hatinya geram bukan main. Kalau diikut hati, mahu saja dia menempalak senior yang kurang ajar tadi.

" Suka-suka hati suruh aku pusing pokok 7 kali ! Nasib baik tengah orientasi, kalau tak memang dah siap aku balun dengan kasut ni." Dia mengomel sendiri sambil matanya melilau mencari seseorang.

Punggungnya dilabuhkan di atas bangku panjang di stesen bas itu setelah penat berdiri. Peluh mula meleleh di dahinya. Sekejap dia berdiri dan beberapa saat dia duduk kembali. Sekeping kertas digunakan untuk mengipas raut wajahnya yang kepanasan. Tangan kirinya dicekakkan pada pinggangnya. Dia benar-benar hilang mood hari ini.


" Mana pulak Abang Shah ni !" Matanya sempat mencuri pandang ke arah jam di tangannya. 6: 15 petang. Pelajar-pelajar lain sudah mula beransur pulang. Kini tinggal dua orang saja yang masih menanti di situ untuk dijemput pulang. Tinggal dia dan seorang pemuda yang duduk di hujung bangku. Dan dia pula di hujung sebelah sini. Nasib baiklah. Kalau tidak, mungkin tinggal dia seorang saja di sana. Harap-harap dia ini baik orangnya kalau tidak? Argh! Desis hatinya. Dia mula membayang sesuatu yang buruk. Pantas tangannya menyelongkar beg sekolah yang digalasnya. Mencari sesuatu.


" Alamak! Handphone tak bawa pulak." Dia mengeluh lagi. Baru dia perasaan handphone kesayangannya tidak dibawa sekali pagi tadi.

" Ini semua Abang Shah punya pasal, tadi ada juga student bawa handphone. Ini tak pasal-pasal kena tunggu dia, ntah mana dia pergi. Menyusahkan betullah !" Omelnya lagi.

Dia memicit-micit dahinya. Kepala terasa berat. Tangannya kembali menyelongkar beg sekolah itu. Berharap handphone kesayangannya berada di dalam beg tersebut. Hampa. Dia merengus pelahan. Matanya kembali memandang kereta yang melintas. Sebuah buku di dalam beg dikeluarkan. Tangannya kembali mengipaswajahnya yang mula kemerah-merahan menahan bahang kepanasan cuaca pada ketika itu.


TANPA sedar, setiap gerak lakunya diperhatikan Daniel yang duduk tidak jauh dari situ. Pelik melihat gelagat gadis tersebut. Sekejap berdiri, sekejap duduk Mulutnya tidak habis berkata sesuatu. Tetapi kurang jelas dipendengarannya.


" Daniel!!" serentak kedua-dua pelajar itu menoleh.

" Hai ! awak masuk kolej ini ke?" Daniel meraup wajahnya. Dia bangun dari bangku tersebut dan berjalan ke tepi tiang stesen. Tubuhnya disandarkan pada tiang stesen tersebut. Syifa yang berada tidak jauh dari situ memasang telinga. Dia memandang sekilas ke arah gadis yang berdiri di hadapan pelajar yang bernama “Daniel” itu. Uniform gadis itu diperhatikan dari atas hingga ke bawah. 'Ah..dia ni senior kat sini!' teka hatinya
apabila melihat gadis itu tidak memakai pelekat seperti mereka.

' Cantik ! dan lelaki yang bernama Daniel itu pun... Kacak ! Padanlah tu..' kali ini dia mula membuat kesimpulan sendiri.

' Esh! kau ni Syifa, pandai-pandai je nak padankan orang !' Dia mengeleng-geleng mendengar suara hatinya.

" Tak sangka awak sambung kat sini.. " kata-kata gadis itu menyapa telinga Syifa. Dia berpura-pura memandang ke jalan raya. Seolah-olah dia tidak mengetahui bibit bicara kedua remaja berkenaan. Hanya sesekali dia memcuri pandang ke arah mereka.

" Erm.." Daniel menjawab acuh tak acuh. Tangannya terus menyeluk poket seluar sekolah berwarna hitam. Kotak rokok dikeluarkan. Sebatang rokok disuakan ke bibirnya. Dikesempatan itu, pandangannya kembali ke arah gadis pelik di hujung bangku. Tanpa sedar mata mereka bersatu.

' Apa pandang-pandang? Dah ada girlfriend tu buatlah ada girlfriend. Ini tidak. Depan kekasih sendiri pun boleh melirik pada perempuan lain' detik hati syifa. Satu jelingan dihadiahkan kepada lelaki tersebut. Padan muka! Desis hatinya lagi. Daniel hanya tersenyum kelat dengan reaksi yang diberikan gadis di hujung bangku itu. Jarang dia diperlakukan begitu. Namun dia tidak kisah. Satu hembusan asap dikeluarkan dari mulutnya. Lega.

" Syifa.. Jom balik.." satu tepukan di bahunya mengejutkan Syifa. Mulutnya mula muncung protes dia merajuk atas kelewatan Shahrol.

" Itulah terlalu asyik sangat pandang budak tu apasal, Abang Shah datang pun tak perasan" Usik Shahrol sambil tersenyum memandang Syifa. Beg sandang di atas bangku dicapai Shahrol.

" Abang... esh, dah lama syifa tunggu tau? " rungut Syifa. Tidak sampai hati pula dia nak marah bila lihat wajah keletihan abangnya.

" Abang ada meeting Majlis Pelajar tadi.. Sorry ye.." Jawab Abang Shah ringkas. jJri telunjuknya mencuit hidung adik kesayangannya itu. Syifa menepis. Mulutnya masih muncung.

" Okeylah, lepas ni kita pergi makan ice cream dulu ye?" Persis seorang anak kecil Syifa terus meloncat bangun mendengar kata-kata Shahrol. Shahrol tersenyum senang. Kaki mereka bergerak melangkah ke parking kereta bersebelahan dengan stesen bas tersebut. Mulut Syifa tidak berhenti menceritakan aktiviti yang diberikan sepanjang orientasi dijalankan. Shahrol hanya diam dan mendengar omelan adik bungsunya itu.

Dari kejauhan, Daniel hanya memandang gadis pelik dan lelaki yang bernama 'Abang' itu berlalu pergi. Rokok yang hampir separuh dicampakkan ke dalam longkang. Kini kakinya pula berjalan meninggalkan stesen bas itu tanpa menghiraukan gadis yang menyapanya tadi. " Daniel!!"

SEMINGGU berlalu.

"AKU salah jadual.. sebab itu yang aku tak masuk kelas ni.." itulah jawapan yang diberikan Syifa sebaik saja Jeenah sibuk bertanya mengapa dia tidak hadir kuliah minggu lepas. Dia benar-benar keletihan. Mana tidaknya, dah beberapa kali dia tersesat di kolej itu. Dah lah bentuk bangunan semua hampir sama. Tidak pasal-pasal dia meronda setiap bangunan untuk mencari kelas. Akhirnya dia selamat juga bertemu. Minggu lepas dia terlepas kelas tersebut sebab tersesat dan salah jadual.

" Habis tu kenapa tak call aku ?" Soal Jeenah.

" Aku tak bawa handphone. Abang Shah tak kasi bawa." jawab Syifa.

" Iye ke? Alah.. Aku tengok semua budak intake kita bawa handphone. Kau saja yang kolot . Terlalu ikut undang-undang sekolah ni. Tengok ni?" Jeenah menayangkan Handphone berwarna merah jambu di hadapan Syifa.

"Wah.. Yang baru lagi ke?" Tanya Syifa teruja. Dia membelek-belek handphone baru milik Jeenah.

"A'ah.. abah hadiahkan semperna aku masuk kolej ni." Jawabnya bangga. Syifa mencebik.

Matanya mula memerhati sekeliling kelas. Semua pelajar di dalam class itu hampir dia kenal. Hanya beberapa orang saja muka baru yang baru di situ.

"Kau gaduh lagi dengan Faisal ek?"
Syifa memandang Jeenah kembali. Mengangguk tidak, mengiakan pun tidak. Dia kembali memandang handphone Jeenah di atas meja. Canggih. Seperti biasa, yang dilakukan pada handphonenya, tangannya mula memusing-musing handphone berkenaan. Fikirannya melayang memikirkan hubungannya dengan Faisal. Satu keluhan dilepaskan.

" Kau bukan tak tahu. Aku memang tak ada perasaan dengan dia." jawabnya pelahan. Dia sedar itu alasan yang beratus kali sudah terluah dari mulutnya. Mata redupnya memandang sahabat karibnya itu. Mohon pengertian.

" Itulah kau ! Siapa suruh kau terima dia dulu?" Jeenah tidak berpuas hati dengan kenyataan Syifa.


"Bukan aku yang nak. Dia yang paksa." Jawabnya ringkas. Mempertahankan kebenaran. Dia tidak mahu dipersalahkan. Faisal yang mendesak dirinya itu hubungan mereka. Walhal Faisal tahu dia tidak punya perasaan. Konon perasaan itu akan timbul kemudian hari. Haprakk!! sampai sekarang perasaan itu tidak pernah wujud di dalam hati Syifa walaupun sudah hampir dua tahun mereka bersama.

" Wah wah wah.. dah kena macam ni baru nak salahkan orang lain." Jeenah berkata keras. Dia menolak pelahan bahu Syifa pelahan.

" Sakitlah! Ssh.. aku nak fokus study dulu. Aku bukan serius pun dengan dia.." balas Syifa.

“ Iyelah tu... Study ! Study! Study! itu je yang kau tahu. Satu hari nanti, aku pasti kau akan tunduk pada perkataan cinta!!” tekan Jeenah. Memang sukar untuk memahami Syifa. Entah kenapa dia begitu benci pada perkataan cinta. Sedangkan gadis itu tidak pernah pun menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki sebelum Faisal. Lainlah kalau dirinya yang sentiasa dicurangi dalam percintaan. Bolehlah serik. Ini tidak. Dia sendiri tidak faham. Hanya Syifa yang tahu jawapan itu.

Sorry ek.. takde cinta-cinta sebelum kahwin.. Aku nak bercinta selepas kahwin.. baru best!" Syifa berkata penuh yakin.

“ Eleh. cakap je tu.. nnt kau juga yang merana ..” cebik Jeenah.

“ Okey, we will see !!” balas Syifa angkuh. Dia tidak mungkin kalah. Itulah prinsipnya. Perbualan mereka terhenti sebaik sahaja Pensyarah Mokhtar melangkah masuk.

Tiada ulasan:

True of Love

Daisypath Anniversary tickers