Followers

Jumaat, 30 April 2010

CINTA BATRISYA [2]


TENGKU HARRIS TENGKU YAHYA geram, sedih, terluka! Aku yang sepatutnya dapat dia, bukan kau! Cukuplah hati ini disakiti. Kali ini dia tidak akan beralah lagi. peristiwa sebentar tadi menerjah diruang matanya.

"Pulangkan semula handphone tu!!" Jerit Chistina. Gadis kacukan pujaan ramai itu menjerit sekuat hati.


"Itu hak aku sama ada nak pilih kau atau dia!!" Gadis itu mara kehadapan. Namun Tg Haris tetap tidak mahu menyerahkan.


"Kenapa kau buat aku macam ni?! Apa selama ni tak cukup ke apa aku dah bagi kat kau?" Hati Tg Haris mendidih selepas mengetahui gadis pujaan hatinya itu berlaku curang.


Christina masih cuba untuk merampas handphone kesayangannya dari Tg Harris. Kini tidak ada apa yang perlu disembunyikan lagi. Hatinya puas apabila Harris sendiri tahu pekara tu, tak payahlah dia susah payah mencari jalan utk memutuskan hubungan yang terjalin hampir 2 tahun itu.


Haris menggeleng dan terus menolak tubuh Christina.


"Baik... kalau kau taknak bagi..." Dia meluru ke dapur. Pisau yang berasa di laci diambil.


"Kau nak bagi ke tak?" Harris tergaman melihat tindakan senekad itu. Christina meletakkan pisau di lehernya sendiri.


"Kau dah gila ke?!!!" Harris cuba merampas tapi gagal.


"Ye!! Aku memang gila!! kau nak bagi ke tak? kalau tak.."


"OK!! Jangan jadi BODOH!! kita nak kahwin Chris.. takkan kau nak tinggalkan aku macam ni?"


Harris cuba menenangkan Christina. Christina menggeleng. 'Tak mungkin aku lepaskan Faisal' detik hatinya. 'Faisal adalah gedung emas ku!'


"Aku dah tak cintakan kau! Terimalah kenyataan! Antara kita tak mungkin dapat bersama lagi! Kau nak bagi ke tak handphone tu?!!!!" Suaranya semakin kuat.


"Ok2, nah... ambil. tapi bagi aku pisau tu dulu.." christina pantas merampas hp ditangan Harris dan berlalu keluar. Pisau digengamnya dilepaskan begitu saja. dia takkan melepaskan handphone tu ke tangan Harris, terlalu byk rahsia di dalam Handphone tersebut.


Haris cuba mengejar tapi hampa...Tg Razman yang baru tiba terkejut melihat keadaan rmh Tg Harris yang bersepah. Dia cuba menghalang Harris dari mengejar Christina.


"Dahlah.. kan abang dah bagitau dulu.. chris tak ikhlas nak dengan kau..." Tg Razman cuba mententeramkan Harris yang menangis teresak-esak.

Kepala yang berat ditundukkan beberapa kali. Kecurangan Christina diketahui selepas dia terbaca msg dari Faisal. Teman baiknya sendiri. Kini hatinya hancur. Memiliki Christina adalah satu kemenangan baginya. Tapi semuanya telah punah.

Kan aku dah kata, chris tetap akan pilih aku. bukan kau! terimalah balasannya, PERAMPAS!!

Msg dari Faisal benar-benar menyakitinya. Ya! memang chris bekas kekasih Faisal. Tapi mereka bersama selepas Faisal putus dengan Chris. Aku bukan rampas dia!!!! handphone dgengamannya dihempaskan ke lantai. berkecai.......

Tiada ulasan:

True of Love

Daisypath Anniversary tickers