Followers

Jumaat, 30 April 2010

CINTA BATRISYA [1]



AKU memandang teddy bear kecil di atas meja kerja ku. Beg ditangan ku letakkan. Dahi ku berkerut memandang teddy kecil yang comel itu. Pagi-pagi dah ada suprise nih!

'Siapa pula punya teddy bear ni?' Aku memandang sekeliling.

"Syasya.. siapa punya ni diq?" Syaya yang leka mengetuk-ngetuk komputer terhenti dan menoleh memandangku.

"Eh, bukan akak punye ke?" Syasya seraya bangun terus merapatiku. Aku terdiam. Lepas satu, satu lagi hadiah yang datang. Pelik jugak, 'peminat' mesteri mana yang rajin sangat letak hadiah, bunga, coklat dan macam2 ni kat aku. Aku hanya menggeleng.

"Bestnyer kak, hari2 ada suprised!" Syasya tersenyum manis. dan aku? Aku hanya tersenyum kelat.

"Sya.. kalau akak tahu siapa yang kasi takpe jugak. Ni, dah lah mesteri. mungkin dia salah orang agaknye. Mana lah tahu kan?" balasku pelahan.

"Alah kak, amik je.. kalau taknak kasi kat sya.. hehehe" Syasya menarik teddy itu dari tanganku.

"Nak ke? amiklah! OK, akak nak buat keje..." Balas ku.

"Betul ke kak? Thanks!!!" Syasya menjerit kuat. Ya Allah! budak ni.. kecohnye..

"Eleh...Bukan ke akak selalu bagi kat kamu?" aku membalas. Dia ketawa terkekeh-kekeh dan kembali ke mejanya semula. dan fikiranku? masih tertanya-tanya dengan hadiah-hadiah mesteri ni... siapa ek? erm, lantaklah.. aku mula hanyut dengan dunia kerja ku yang melambak...

Tiada ulasan:

True of Love

Daisypath Anniversary tickers