Followers

Rabu, 7 Julai 2010

CINTA BATRISYA [12]

"PANGG!!"

Kesan pukulan itu, badannya rebah ke lantai. "Dasar tak mengenang budi! Selalu menyusahkan orang!!" Bergema suara nyaring abang tirinya. Sakit pipinya usah dicakap. Kepalanya rasa berpinar. Hanya linangan air mata yang membicarakan betapa sakit dirinya ketika itu. Tangannya memegang pipi kirinya. Perit!

"Tasya tak suka dia, buat apa Tasya nak kahwin dengan dia!!" Dia menjerit lantang seiring nada suara abang tirinya.

"Habis buat apa kau setuju nak teruskan pertunangan bulan lepas?! Siapa suruh kau terima, hah?!!" Abangnya menjerit sambil menarik tubuhnya. Tubuhnya dihempaskan ke dinding. "Sakitlah.." Suaranya menrintih kesakitan.

"Owh! Tahu sakit? Kau tak fikir yang apa yang kau buat ni memalukan aku dan keluarga ni?!" Kali ini satu tamparan hinggap lagi di pipi kanannya. Badannya terjatuh dan dalam masa yang sama kepalanya terhantuk bucu meja yang berukir di tengah-tengah ruang tamu rumah. Kepalanya benar-benar sakit. Pandangannya mula kabur. Terasa ada cairan panas mengalir di dahi kirinya. "Darah..."Dia berkata lemah. Dia cuba berdiri. Terasa dunianya kian kelam dan ....

"Apa yang kau buat ni hah!!" sayup-sayup kedengaran suara ummi menyapa telinganya sebelum tubuhnya ditolak kasar dari belakang. Namun segalanya hilang dari pandangan matanya.

---------

"Ummi.. maafkan Tasya. Betul ummi, Tasya tak buat perkara terkutuk tu." Dia cuba merayu. Namun belum sempat dirinya berkata, talian sudah diputuskan. Semenjak peristiwa itu, dia tidak keluar dari apartmentnya. Dia malu. Disebabkan mengikut perasaan, dia terperangkap!

"Raz? awak buat apa kat sini?" kelibat Tengku Razman benar-benar mengejutkannya. Entah dari mana muncul, tahu-tahu Razman sudah berada di dalam pejabatnya selepas dia kembali dari toilet. Wajah Tengku Razman kelihatan tidak bermaya seperti hari-hari biasa.


"Isya.. we need to talk!" suara tegas Tengku Razman membuatkan Batrisya kaget. Kali ini apa pula ujian yang datang. Jam tangan di tangan cuba dilirik.' 1:35am? dan lewat nih!" detik hatinya. "Oklah, you cakaplah sekarang sebab i ada banyak kerja kena uruskan." Kepalanya teringat kerja bertimbun yang perlu diselesaikan. Namun hatinya tidak berasa senang jika berdua-dua sebegini dengan Tengku Razman.


"Oklah, kita go somewhere.. you tunggu sekejap, i pergi kunci pintu.." Tengku Razman hanya mengangguk pelahan mendengar cadangan Batrisya. Namun segala-galanya terlambat sebaik saja mereka ingin melangkah keluar dari pejabat.

"Assalamualaikum! kami dari Jabatan Agama......." Entah dari mana munculnya beberapa orang lelaki di hadapan mereka. Batrisya terasa ingin pitam. Dia cuba berlagak tenang.

"Saya rasa encik semua sudah salah faham.." Batrisya berkata sebaik sahaja mereka cuba ditanya soalan yang tidak munasabah!

"Zaman sekarang tidak ada yang mustahil cik, saya harap anda berdua beri kerjasama!" lelaki berbaju biru itu bersuara lantang.

"Dahlah buat kerja tak senonoh, lepas tu taknak mengaku pula!"

"Jaga sikit kata-kata awak ye!! Raz.. awak perlu terangkan pada mereka yang kita tak buat apa!!"Batrisya sudah mula hilang pertimbangan. Hatinya geram melihat lelaki itu hanya berdiam diri.

"Maaf semua ini salah saya..." hanya itu yang terlontar dari Tengku Razman.

"Lelaki tak guna!! memang salah kau!! " Batrisya sudah mula hilang pertimbangan. Tubuh Tengku Razman dipukul semahunya.

"Sudah! Bawa mereka keluar.." Arah salah seorang dari mereka.

"Tit!"

Batrisya membaca pesanan ringkas dari Tengku Harris.

"Aku takkan lepaskan kau! Ingat tu!"

"Pergi jahanam lah kau! Kau dengan abang kau sama saja! Berambus dari hidup aku!!"
Dia menekan punat 'send'. Handphone dicampakkan ke katil. Airmatanya mengalir pantas. Kini dunianya benar-benar kosong. Ummi sudah tidak mahu memaafkannya.

Kali ini deringan panggilan masuk pula kedengaran. Dia menutup telinga. Fikirannya benar-benar kacau. Tanpa berlengah lagi, kunci kereta terus di capai. Destinasi tujuannya hanya satu. Hanya dia yang memahami perasaan hati ini. Setiap kali dia melangkah, satu persatu memori semalam bermain di mindanya.. dan airmatanya tidak putus mengalir..

3 ulasan:

Hafia Hana berkata...

nice
cpt smbung ea
sy follow

Batrisya Aisyah berkata...

Thanks.. :)

Tanpa Nama berkata...

best
cpt smbg ye...dn buatlh cite pjg skit
barulh puas baca...

True of Love

Daisypath Anniversary tickers