Followers

Isnin, 3 Mei 2010

CINTA BATRISYA [6]

KEPALAku pening memikirkan dinner perasmian Permata Holding teman daddy dan arwah papa yang akan diadakan malam esok. Segala persiapan masih belum aku lakukan. Rizal telah menerangkan segala-galanya semalam. Mahu atau tidak aku terpaksa menuruti.




Sebaik saja kakiku melangkah masuk ke pejabat, sekali lagi aku dikejutkan dengan hadiah tanpa nama di atas meja. Kali ini aku takkan berdiam lagi. Rizal memang tak tahu malu! Orang dah taknak, buat apa paksa? Aku memandang pintu bilik Rizal yang tertutup rapat. Pantas ku capai kotak hadiah itu dan berjalan pantas menuju ke bilik tersebut.

"Masuk." Kedengaran suara Rizal dari dalam. Walaupun kurang senang dengan kehadiran Rizal tetapi adab dan tatatertib sebagai orang bawahan tetap aku utamakan. Aku masuk seraya mendengar suara itu.

"Yes Isya, ada apa-apa yang perlu saya tahu?" Rizal memandang ku sekilas sebelum kembali semula menyambung tugasannya. Kertas-kertas yang bersepah di atas meja dan beberapa kepingan lukisan membuatkan hajatku terhenti.
'Dia sibuk, lain kali sajalah' detik hatiku. Aku berpusing dengan niat untuk meninggalkan bilik tersebut.
"Isya..." kedengaran suara Rizal memanggilku. Aku segera menoleh. Kali ini Rizal sudah bangun dari kerusinya dan berjalan merapatiku.
"Ada apa-apa ke?" soalnya kembali.


"Tak.. cuma i nak kasitau u next time tak payahlah susah-susah nak kasi i hadiah ni. Lagipun.." Aku segera menyerahkan kotak hadiah yang berbalut warna merah jambu itu kepadanya. Comel tapi aku tak suka dengan benda-benda macam ni. Bukan nak sombong, tapi itulah hakikatnya. Aku memang tidak suka menerima hadiah dari mana-mana lelaki. Prinsip yang ku pegang dari dulu ini pun Rizal sendiri pun sudah maklum.


Wajah Rizal yang kehairanan ku tatap. Pandangannya silih berganti antara hadiah dan aku.

"Lagipun u pun tahu prinsip i macamanakan?" tanpa menunggu jawapan Rizal aku sgera mengangkat kaki.

"Wait Isya..i think u dah salah anggap ni."

"Tak Rizal. i dah letih dengan semua ni. Cukuplah.. hadiah-hadiah ni takkan dapat beli jiwa i yang u hancurkan!" Aku menoleh ke arahnya. Suaraku serah. Aku terlebih emosi ke? Wajah Rizal berubah sama sekali. Lama dia membisu.

"Tapi bukan i yang bagi hadiah ni.." Jawabnya pelahan.

Aku terdiam.


********

Tiada ulasan:

True of Love

Daisypath Anniversary tickers