Followers

Ahad, 2 Mei 2010

Dinner? Pergi ke tak?

GERAM! Segala-galanya serba tak kena. Rizal tak habis-habis dengan kerenah dia, segala tugasanku tertangguh sebab perangai dia yang mengada-ngada. Tiap hari ada saja yang membuatkan ku marah, sampai Syasya pun tak berani nak tegur.

"Isya.. Masuk bilik saya sekarang!" Arahan Rizal mengejutkanku yang sedang leka melakar kanvas untuk fesyen-fesyen terbaru. Esh! apa lagi yang dia nak ni? Aku nak buat kerja pun tak senang, tau tak? Ah, biarlah. Aku masih lagi leka dengan lakaranku.

Kringggggggg...........

Ergh! menyampahnya. Aku terus bangun tanpa menghiraukan deringan telefon. Rizal dah melampau tau! Aku dah sediakan kopi, apa lagi yang dia nak? Walaupun kerja tu bukan kerja aku, mengada-ngada betul!! Seraya kakiku berjalan pantas. Bunyi kuat dari hentakan kasut tumit tinggiku tidak ku hiraukan. Lantaklah!

"Iye En Rizal, ada apa-apa yang perlu saya bantu?" Aku bertanya seraya memasuki bilik yang sederhana kecil itu. Rak buku yang tersusun di sudut bilik menarik perhatianku. Rizal memang suka pada buku. Tadi tak perasan pula ada rak tu. Dari maktab kami sering bertukar-tukar buku dan menghabiskan masa bersama-sama bertukar-tukar pendapat mengenai buku yang dibaca.



"I ada sumthing nak minta tolong kat u.." Aku mengalihkan pandangan ke arah Rizal. Lelaki itu masih memandangku. Dia mengarahkan aku duduk di kerusi bertentangan dengannya. Aku hanya menurut kehendaknya.

"Pertolongan apa En. Rizal?" Aku bertanya kembali. Aku ingin bersikap profesional. Antara aku dan dia adalah pekerja dan ketua. Jadi, tidak ada kena mengena dengan hal peribadi kami. Perkara itu sudah lama berlalu dan tak perlu diungkit lagi. Tekad ku.

"Isya.. panggil Rizal je...tak susah kan, macam dulu.. ri...zal.. kalau tak a...bang!!" bulat mataku mendengar permintaan rizal. esh, lelaki ni memang dah tak betul! Apalah yang dia buat kat England tu sampai jadi macam ni!

"Ini pejabat dan awak ketua saya. Saya harap awak faham." Tegasku. kali ini aku takkan berdiam lagi. Sunyi. Rizal hanya mengangguk dan kali ini dia memandangku tanpa berkata apa-apa. Tengok tu, dia mula buat hal lagi. Jarinya pantas menekan punat pada notebook di atas meja. Lau menyandarkan belakang tubuhnya ke kerusi kerja. Satu keluhan keluar dari mulutnya.

"Pertolongan apa?" Aku memecah kesunyian. Rizal masih juga begitu sambil memejamkan mata. Kepalanya diangkat sedikit menghadap syiling.

"Rizal..?" Lelaki itu seperti mempunyai masalah yang berat. Kesian pulak tengok. Kali ini dia memandang ku tepat. Dia memperbetulkan tempat duduknya. Senyuman diukir ke arahku.

"Oh ya! 2 hari lagi i ada dinner dengan semua lembaga pengarah. Dinner perasmian kawan share daddy. So, daddy nak i pergi sebab daddy nak pergi Singapore. So.."

"Dato' Zainal pergi Singapore?" pantas aku memotong. Pelik. Hari tu dato' kata kesihatan dia semakin stabil. Dato' Zainal adalah teman baik arwah papa. Sejak arwah papa tak de, Dato' Zainal sering bertanya khabar kami sekeluarga. Perniagaan papa pun uncle Zainal yang uruskan. Wait? Kenapa Rizal tak kerja dengan Dato' Zainal? kenapa kerja kat company ni? Kepala ku ligat memikirkan perkara tersebut. Apa Rizal dah tak berminat nak teruskan perniagaan Dato' Zainal? Tak mungkinlah. Dia dihantar pergi England pun sebab Uncle nak dia yang uruskan semua. Takkan Dato' Zainal nak...

"Iye, kena medical check up lagi. Daddy kurang sihat akhir-akhir ni." terselit resah dalam nada suara Rizal. Wajahnya bertukar mendung.

"Rizal, May i asked u something?" aku bersuara perlahan.

"A'ah.. pandai pun panggil Rizal. how sweet my dear." Kali ini air wajah Rizal kembali berseri. Aku menjeling. Meluat dengan perangai Rizal.

"Ok, u nak tanya apa?" Rizal cuba memujukku.

"Kenapa u tak kerja dengan daddy? and now siapa yang handle Amora Holding?" Pertanyaanku disambut dengan ketawa dari Rizal. Bingit telinga ku. Erm, dia memang suka buat macam ni.

"What so funny?" Kataku serius memandang wajahnya.

"Tak kelakar pun soalan i kan? apesal nak gelak pulak?" tanyaku geram. Rizal masih tak berubah. Aku marah pun dia tak pernah nak serius. Dan, dia suka gelakkan aku.

"You ni terlalu emosi lah Isya.. ok ok, now i nak tanya u, kenapa u kerja kat sini dan tak teruskan kerja dengan syarikat arwah papa?" Matanya besar memandangku sambil bibirnya mengukirkan senyuman yang menggoda. menggoda? euuw!! sudah cukup Isya, jangan nak berangan.

Aku mengalihkan pandangan ke arah rak buku kembali. Entah kenapa, mataku tertarik pada susunan buku itu. Sesuatu yang membuatku terasa ada sesuatu yang tersembunyi disebalik rak-rak buku itu. Erm, pandailah kau Isya. Ada-ada saja..

"Hello dear..." suara Rizal memecahkan lamunanku. Dia melambai-lambaikan tangannya di hadapanku.


"I nak ambil pengalaman." Balasku pendek. Menyampah. Aku melarikan pandangan ke arah lain. Senyumannya kian lebar. Dia berdiri dan memandang panorama di luar bangunan 57 tingkat itu. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Aku memerhati tubuh itu dari belakang. Tinggi, segak dan kacak! malah punya segala-galanya. Banyak perubahan pada Rizal. Matang dan satu yang buat mataku terpaku. Rambut yang dipotong pendek. Dulu bukan main susah dia nak potong. Mungkin nak ikut trend terkini. Entahlah! Aku mencebik.

Tidak mustahil Beliza begitu tergila-gilakan dia masa di maktab dulu. Masakan aku lupa, di hadapan ku Rizal dipeluk dan dicium oleh Beliza. Peristiwa itu takkan aku lupa sampai bila-bila.

"So, u pergi dengan i ok?" Rizal bersuara kembali memecahkan kisah 6 tahun dulu dari mindaku. kali ini ternyata tegas. Dia menoleh seketika sebelum kembali memandang panorama di luar jendela. Entah apalah yang menarik perhatian jejaka itu.

"Pergi? Pergi mana?" Pertanyaan ku membuatkan lelaki itu tergelak dan menggeleng-gelengkan kepala beberapa kali.

"Belum tua lagi dah jadi pelupa ye? Apa yang difikirkan tu.. itulah suka sangat ingat pekara-perkara yang lalu." Kata-kata Rizal membuatkan pipiku terasa panas. Tidak mungkin dia tahu apa yang ada difikiranku? Aku menundukkan wajah.

"I nak u temankan i pergi dinner..."

"what? dinner? Tapi....."

"No! takde tapi-tapi." Rizal memintas kata-kataku. Tegas. Dia kembali duduk di atas kerusi. Tubuhnya tegak memandangku. Kacamata yang dipakai dibuka pelahan dan diletakkan ditepi komputer. Matanya kembali memandangku.

"I kena settlekan banyak kerja Rizal.. hujung minggu ni kena hantar project tu untuk fesyen model-model tu.. I hope u faham.."

"Isya.. Dinner ni penting awak tahu tak?"

"I know.."

"Suruh Syasya bantu u!"

"Hah! Syasya pun banyak kerja dia, takkan i nak bebankan dia pulak!" Kali ini suaraku kian meninggi. Terkejut dengan cadangan Rizal.

"Ok, kalau u taknak macam tu. You settlekanlah sendiri. But malam tu i nak u temankan i!" Kali ini ternyata Rizal tidak mahu beralah kepadaku. Geramnya..

"No! You carilah perempuan lain. I think masih ramai perempuan yang nak temankan you malam tu nanti. Hal ini bukan ada kena mengena dengan kerja i! " Balasku kasar. Air mukaku kembali muram. Lantaklah dia nak kata apa. Keputusan aku juga muktamad!

"Ok, kalau macam tu, anggap saja perkara ini sebagai arahan dari seorang bos kepada pekerja!"

"Rizal.. u memang sengaja.."

"Now, u boleh keluar!" Rizal memintas kata-kataku.

"Isya.." Aku menoleh seraya suara mendengar suaranya. Harap Rizal bertukar fikiran.

"Tolong tutup pintu sekali!" Dia berkata sambil tersenyum sinis. Ergh! Aku melangkah kembali dengan hati yang membengkak!!


*********************

Tiada ulasan:

True of Love

Daisypath Anniversary tickers