Followers

Jumaat, 30 April 2010

CINTA BATRISYA [3]


"ABANG!!!!" Qistina menjerit apabila kelibat abangnya berjalan keluar dari pintu airport. Rizal tersenyum dan membalas lambaian adik bungsunya itu.

"Wah, dah besar adik abang!" Qistina mengucup tangan abangnya. Bibirnya tak lekang memberikan senyuman pada abangnya. Kali ni baru dia perasan sesuatu....

"Abang dah potong rambut ek?"

Rizal memegang rambutnya.

'Zal.. Isya nak tengok lah kalau rizal rmbut pendek mesti hensem!' suara lembut batrisya terngiah-ngiah di telinganya. Tapi itu 4 tahun lalu. Apa kbr agaknya gadis itu. kalau england tu dekat, boleh je dia ulang alik ke tanah air. Dah tu emel pun jarang dia nak balas. Yang pasti aku nak suprisedkan dia. Dia tersenyum. Specticle hitam dibuka pelahan. Jaket biru yang dipakai dibuka, kehangatan mula dirasa.

"Tengok tu.. orang tanya, dia berangan!" Qistina mencubit lengan abangnya. Rizal mengaduh kesakitan.

"Dah... jom! papa n mummy dah tunggu kiter kat vila.." Qistina mengambil beg hitam abangnya.

"Erm, kuat ke cik adik.. Meh biar abang je yang angkat." Rizal menarik semula beg hitamnya.

Sambil tersenyum dia berlalu meninggalkan qistina. Qistina mengejar abangnya. Kemesraan itu diperhatikan Pak cik Johan yang setia menanti mereka. Dia tersenyum memandang kerenah anak majikannya. Begitu banyak perubahan dalam diri Rizal. Semakin matag dan dewasa. Beg-beg Rizal dipindahkan ke dalam bonnet kereta.

"Pakcik sihat?" Rizal menghulurkan tangan bersalaman.

"Pakcik sihat. Macaman LONDON?" Rizal tersenyum. belum sempat dia membalas...

"Pakcik, abang... cepatlah, nanti Qis lambat nak gi saloon!" mereka berdua menoleh memandang qistina yang sudah sedia di dalam kereta. Dahi Rizal berkerut. saloon?? Qistina buat-buat tak tahu.. alamak! dia terlepas cakap, abislah....

Tiada ulasan:

True of Love

Daisypath Anniversary tickers