Followers

Sabtu, 15 Mei 2010

CINTA BATRISYA [9]

"SEMUA persiapan telah diaturkan Puan Sri."

Puan Sri Zainab tersenyum puas. "Bagus! Pastikan semua berjalan dengan lancar." Talian dimatikan. Kini hajatnya ingin menjadikan Tasya menantunya tercapai. Cermin tingkap kereta diturunkan pelahan. Senyuman kian mekar di bibirnya.

"Cepat sikit Sudin."

"Baik Puan Sri.." Kereta terus menjalar laju menuju ke destinasinya.

***********

"APA?!! Tasya taknak ummi..Tasya belum sedia nak bertunang.." Tasya bersuara sebaik sahaja ummi menyatakan hal tersebut. Tadi dia bergegas keluar dari pejabat sebaik umminya menyatakan ada urusan mustahak yang perlu diselesaikan. Belum pun sempat dia melepaskan lelah berkejar pulang, kini dia semakin lelah mendengar kata-kata umminya.

Wanita tua dihadapannya itu tersenyum lembut. "Ummi cuma nak Tasya bahagia nak. Nak ke ummi dah tak de baru nak cari pasangan ?"

"Ummi.. janganlah ckp yg bukan-bukan.." Tasya menarik muka.

"Habis tu?" ummi masih cuba memujuk puteri sulungnya itu.

"Bukan macam tu, lagipun.. erm.. ha.. Tasya belum pun kenal siapa lelaki tu." Tasya cuba berdalih.

"Alah, lepas tunang pun boleh berkenalan. Kalau tak pun lepas kahwin nanti bercinta. Dulu ummi dengan arwah papa kamu pun bercinta lepas kahwin juga. Kita orang tetap bahagia.."

"Tapi itu zaman dulu-dulu. Zaman anak dara tersorok dalam rumah. Sekarang dah lain ummi. Tak sama..." Tasya memintas kata-kata umminya.

"Dulu ke sekarang ke sama saja bagi ummi.. Ummi taknak Tasya sedih lagi, barang yang lepas tak usah Tasya ingatkan!" kali ini suara ummi nampak tegas. Tasya mengalihkan pandangannya ke arah TV. Dia kematian kata-kata.

"Ikut suka ummilah.."

*************

BATRISYA lewat masuk studio untuk latihan pertunjukkan fesyen. Hari ini dia benar-benar sibuk. Matanya melilau mencari pengurus yang dimaksudkan Rizal. Syasya mengekorinya dari belakang. Sengaja dia mengajak Syasya sekali, Syasya perlu pendedahan ini. Tidaklah dia asyik duduk di pejabat sahaja.

"Hello, awak Encik Harris?" Batrisya menegur lelaki yang duduk berhampiran pentas. 'Mungkin inilah yang dimaksudkan Rizal.' Lelaki itu begitu leka membelek dokumen. Dia memandang Batrisya. Serius.

Satu senyuman di hadiahkan Batrisya tanda perkenalan mereka disambut dengan jelingan tajam.

'Wah! sombongnya dia. Macam ini kah cara orang nak berbusiness?' soalnya dalam hati.

"Awak telah menghabiskan waktu saya selama 15 minit." Lelaki itu bersuara. Batrisya terkedu.

"Maafkan saya encik Harris, sebenarnya tadi..." Lelaki itu terus berdiri dan ingin meninggalkannya. Batrisya cuba mengejar. "Maaflah, tadi saya terpaksa pulang ke..."

Tengku Harris berhenti dan memandang tepat ke wajah Batrisya. "Awak ingat ini amaran terakhir. Kalau syarikat awak lambat lagi, kami akan ambil tindakan!" Tengku Harris memberi amaran dan berlalu pergi. Batrisya mengeluh. Syasya memandang Batrisya di sisi. "Sombongnya dia kak!"

"Esh! nanti dia dengar.."

**************

"MUMMY!! Harris belum pun bagi jawapan tentang pertunangan tu. Kenapa cepat sangat?" Suara Tengku Harris meninggi setelah mengetahui Puan Sri Zainab sudah membuat persiapan untuk majlis pertunangannya dengan Tasya. Dia mundar mandir di bilik solek. Batrisya yang sedang leka membantu seorang model memperbetulkan pakaian memandang sekilas kepada Tengku Harris.

'Pertunang?' detik hatinya.

Jelas keresahan di wajah Tengku Harris. Telefon bimbit masih lekap di telinganya. '

Bertunang cara paksa ke?' Batrisya mula berfikir.

'Ah! Kesiannya dia. Kenapalah orang sekarang nak jodoh-jodohkan anak dia orang sendiri. Biarlah anak-anak tu cari sendiri.' dia mengomel dalam hati. Sekali-sekala kepalanya digelengkan, kadang-kadang dianggukkan sambil tangannya leka mempersiapkan baju model.

"Awak dah pekak ke?!" Satu suara hinggap ditelinganya. Bingit. Dia benar-benar terperanjat.

Batrisya memandang wajah bengis di hadapannya. "Saya dengar, tak payah lah jerit-jerit!"

"Awak dengan mummy sama saja!" Tengku Harris terus melangkah keluar dari studio. Batrisya tidak faham apa yang dimaksudkan Tengku Harris.

'Mummy? aku? Dah sewel agaknya dia ni.' getusnya dalam hati.

Dia memandang sekeliling. Baru dia perasan setiap mata memandang ke arah mereka."Kita teruskan latihan ini." Batrisya memberi arahan kepada Syasya.

*****************

RIZAL memandang air kolam yang tenang. Keadaan daddy semakin tenat. kata-kata doktor terngiang-ngiang di cuping telinganya. "Daddy nak Rizal ambil alih syarikat daddy" Kali ini suara daddy pula menerjah di kotak fikirannya. Jika dia melakukan itu semua bererti dia akan berpisah dengan gadis pujaannya. Sekali lagi keluhan dilepaskan. Wajah Batrisya bermain di mindanya.

"Abang!"

Rizal menoleh. Qistina lantas memeluk abangnya. "Qis takut..Qis tak nak daddy mati.."

"Jangan cakap macam tu Qis, daddy tak apa-apa. Kita lakukan yang terbaik untuk daddy ok?" Dia cuba memujuk. Tangisan Qistina membuatkan hatinya tersentuh.

"Doktor kata daddy tak dapat diselamatkan lagi.." Pelukan Qistina terasa erat. Rizal hanya mengeluh, matanya mendongak memandang langit yang suram. Sesuram hatinya. Petang ini dia dan Qistina akan berangkat ke Singapore. Dia hanya mampu berserah dan pasrah.

*********

"PAPA!" Danish berlari riang mendapatkan Tengku Razman yang baru sahaja sampai. Tengku Razman memeluk putera sulungnya. Pipi Danish dicium beberapa kali. Seminggu tidak bertemu Danish membuatkan dirinya benar-benar rindu.

Puan Sri Zainab tersenyum memandang gelagat anak dan cucunya. "Macamana Australia?"

"Macam biasa je mummy."

"Danish nakal tak?"

"tak.."

"Bagusnya anak papa.."

"Mummy ada hal nak cakap dengan kau. Masuklah dulu."

********************

"AWAK sihat?" Tengku Razman memandang Batrisya yang leka melayan kerenah Danish. Semenjak pertemuan tempoh hari, dia dan Batrisya sering berhubung.

Batrisya tersenyum dan mengangguk. "Anish rindu aunti tak?" pipi comel Danish dicubit manja.

Anak kecil itu mengangguk cepat. Batrisya tersenyum sambil menggosok-gosok kepala Danish. Anak itu terus saja menyuap ais krim kegemarannya. Mata Tengku Razman masih lagi tertacap pada gadis di hadapannya. Dia begitu rindu pada gadis tersebut. Saban malam dia menghubungi Batrisya dari Australia.

"U suka tak hadiah tu?"

"Hadiah? Hadiah apa?"

"sebenarnya saya yang bagi hadiah-hadiah tu."

"Awak?"

"Ya!"

"Lah.. kenapa tak bagitahu awal-awal.. saya dah banyak kasi kat orang."

"Iye ke?"

"Iyelah sebab saya tak tahu siapa yang bagi hadiah-hadiah tu. Saya ingatkan pengirim tu salah orang!"

"Tapi macamana awak tahu saya kerja kat sana?"

Soalan Batrisya hanya dibiarkan begitu sahaja.

"Cepat cakap!" Satu cubitan hinggap di bahu Tengku Razman. Tengku Razman hanya ketawa melihat wajah masam Batrisya. Kebahagiaan kian menyelinap di hati masing-masing. Jika tidak ada siapa yang tahu, mereka tidak ubah seperti sebuah keluarga yang bahagia.






Tiada ulasan:

True of Love

Daisypath Anniversary tickers