Followers

Rabu, 12 Mei 2010

CINTA BATRISYA [8]

"Mummy nak Harris tunang dengan Tasya, faham?!"

Suara nyaring Puan Sri Zainab benar-benar membingitkan telinga Tengku Harris.

"Mummy.. Harris taknak. Harris masih cintakan Christina.." Tengku Harris cuba memujuk wanita berkebaya moden di hadapannya. Pagi-pagi lagi dia dikejutkan dengan kedatangan mummy. Ditambah lagi dengan berita yang benar-benar membuatkan hatinya terseksa. Belum pun sampai seminggu dia putus dengan Christina, ibunya sudah mula sibuk menyuruh dia bertunang dengan Tasya!

'Kalau macam ni aku boleh jadi gila.' Dia seakan mahu lari dari semua masalah yang membelenggunya kini.

"Balik-balik nama itu juga yang kau sebut. Mummy tak suka kat dia. Dia bukan setaraf dengan kita! Kau ingat gadis macam itu boleh buat bini ke Harris? Dahlah pakaian macam tak cukup kain. Sakit mata mummy tengok, tau tak? Tasya tu budak baik, manis, kuat agama.. memang sesuai jadi calon isteri mithali.. Apa lagi yang kau tunggu Harris?" Puan Sri Zainab memandang anak teruna bungsunya itu. Keresahan jelas terpancar di raut wajah tersebut. Harris masih diam. Siapa Tasya dia pun tidak kenal. Ibunya saja yang kenal siapa Tasya, sedangkan dia? Rupa paras Tasya pun belum pernah dia lihat. Fikirannya terbayang wajah Christina. Ah... satu keluhan singgah di bibirnya.

"Bagi Harris masa..." akhirnya Harris mengalah. Biarlah kali ini dia mengikut saja kehendak ibunya. Walaupun hatinya masih mencintai Christina, peluang untuk bersama-sama Christina sudah tidak ada lagi. Terbaru, dia mendapat tahu Christina sudah berhijrah ke Australia bersama-sama Faisal.

"Alhamdulillah.. senang hati mummy. Mummy percaya, Tasya gadis yang baik yang dapat bahagiakan Harris satu hari nanti." Puan Sri tersenyum puas setelah mendengar kata-kata Harris. Kini, dia boleh membuat persiapan untuk majlis pertunangan anaknya dan Tasya. Harris tidak mungkin menghampakan hatinya!

**********

Batrisya mempersiapkan diri untuk perasmian Permata Holding malam nanti. Rizal akan menjemputnya pukul lapan malam nanti. Setelah berpuas hati dengan segala-galanya, dia terus melangkah turun ke tingkat bawah. Apartment dua tingkat itu baru saja dibelinya 2 bulan yang lalu. Ibunya, Puan Aisyah bukan main bising lagi bila dapat tahu dia ingin berpindah ke sana. Bukan apa, dia lebih senang hidup berdikari daripada tinggal bersama-sama adik beradik tirinya yang lain. Kehadirannya kadang-kadang tidak disenangi. Jadi lebih baik dia berpindah dan mulakan hidup baru. Lagipun, tempat itu dekat dengan tempat dia bertugas sekarang.

"Wah! cantiknya ibu..." Suara susie, pembantu rumahnya terdengar sebaik sahaja kakinya mencecah lantai ruang tamu. Batrisya memberikan senyuman manis.

"Hehe.. Iye ke?"

"Iya bu! Bener.. Pasti ibu yang paling cantik malam ini" Susie berkata dengan loghat bangsanya.

'Pandailah kau.' Detik hati Batrisya.

"Iye la tu, apa-apa pun terima kasih atas pujian mu. Tetapi gaji kamu tetap sama!" Susie menjuihkan bibir mendengar kata-kata Batrisya

"Saya ikhlas bu! Dari lubuk hati ku yang mendalam.." Batrisya ketawa mendengar kata-kata Susie. 'Ada-ada saja susie ini' detik hatinya lagi.

'Aku pakai macam ini pun dia kata aku cantik!' hatinya berkata. Bibirnya masih tersenyum dengan kata-kata Susie.

Ting tong!

'Itu pasti Rizal' dia mengatur langkah ke pintu. Susie kembali ke dapur menyambung tugasannya.

Sebaik saja pintu dibuka, mata Rizal terpaku memandang gadis di hadapannya. 'Wow! Cantiknya
dia' namun kata-kata itu hanya bersuara di hatinya.

"Shall we go now?" Suara Batrisya mematikan lamunannya. Gerun juga Batrisya bila Rizal memandangnya begitu. Sejak peristiwa di office tempoh hari, Rizal tidak mahu bertegur sapa dengannya. Malam ini watak di hadapannya berbeza sekali.

"Ok." balasnya ringkas.

Sepanjang perjalanan Rizal masih mencuri-curi pandang kepada Batrisya yang duduk di sebelah. Batrisya sudah jauh berbeza. Empat tahun mendewasakan gadis tersebut. Hatinya benar-benar terpaut buat sekian kali. 'Ah! Batrisya.....'


Batrisya kian rimas. Pelik dengan perubahan jejaka di sebelahnya. Semalam bukan main lagi muka tegang semacam, malam ini asyik tersenyum macam kerang busuk! 'Radio ini pulak nak putar lagu-lagu romantik. Dah buang tebiat agaknya! '

************

Malam itu, Batrisya menjadi tumpuan setiap tetamu yang hadir. Batrisya cuba berlagak tenang. Dari jauh sudut, dia terpandang wajah abang tirinya yang kini mengendalikan Dwi Holding peninggalan arwah papanya. Memang abang Johan layak memegang jawatan itu walaupun beberapa kali abang Johan menyuruhnya kembali ke Dwi Holding. Nantilah bila dia sudah kembali bersedia.

"Hai!" Satu suara mengejutkan dirinya. Dia berpaling. Batrisya memandang lelaki yang tersenyum di hadapannya. Kening di angkat pelahan.

'Dia kenal aku ke?' detik hati Batrisya. Kini hatinya lega. Dalam ramai-ramai itu, ada yang mengenalinya dan ringan hati mengajaknya berbual. Dia begitu bosan ditinggalkan Rizal sendirian. Rizal sibuk berbincang hal bisnis dengan ahli koporat yang lain.

"Ingat saya lagi?" kali ini pertanyaan lelaki itu membuatkan Batrisya tersenyum pelahan. 'Tak!' jawabnya dalam hati.

"Siapa ye?" kali ini dia cuba mengingatkan.

"Awak Batrisya kan?"

'Macamana dia kenal aku?'

"Saya Razman!" Tengku Razman menghulurkan tangannya. Batrisya menyambut sebagai permulaan perkenalan mereka. Permulaan? mungkin...

"Terima kasih sebab pujuk my son hari itu." Tengku Razman cuba mengingatkan insiden di Mc D tempoh hari.

"Owh..." Batrisya baru teringat hal tersebut. Kini mindanya kembali normal.

"Its ok, My pleasure. Lagipun saya memang suka budak-budak." Tengku Razman berasa senang dengan kata-kata itu. Hatinya berbunga bahagia. Kenapa ya?

"Mana baby..."

"Danish?" soal Tengku Razman.

"Ya..Danish! So cute..! hehe.." Batrisya kembali tersenyum. Masa berlalu begitu pantas. Mereka bertukar-tukar idea dan pendapat. Hati Batrisya senang berbual dengan Tengku Razman. 'Matang, bijak, penyayang, kacak... begitu perfect. Memang sesuai untuk jadi calon suami! Suami? Esh, ada ke patut! Orang itu kan sudah ada isteri? Apalah kau ni Isya..gatal tak bertempat!'

"Isya!" Suara Rizal mematikan lamunannya. Kini dia sudah dalam perjalanan pulang ke apartment. Kacau betullah mamat ni!

"Jauh berangan?" sambungnya lagi. 'Iye! memang pun....' tapi itu hanya terluah di hatinya. Malam itu benar-benar membuatkan dirinya happy! Kenapa ye?


Tiada ulasan:

True of Love

Daisypath Anniversary tickers