
Followers
Rabu, 30 Jun 2010
CINTA BATRISYA [10]

Sabtu, 15 Mei 2010
CINTA BATRISYA [9]
Puan Sri Zainab tersenyum puas. "Bagus! Pastikan semua berjalan dengan lancar." Talian dimatikan. Kini hajatnya ingin menjadikan Tasya menantunya tercapai. Cermin tingkap kereta diturunkan pelahan. Senyuman kian mekar di bibirnya.
"Cepat sikit Sudin."
"Baik Puan Sri.." Kereta terus menjalar laju menuju ke destinasinya.
***********
"APA?!! Tasya taknak ummi..Tasya belum sedia nak bertunang.." Tasya bersuara sebaik sahaja ummi menyatakan hal tersebut. Tadi dia bergegas keluar dari pejabat sebaik umminya menyatakan ada urusan mustahak yang perlu diselesaikan. Belum pun sempat dia melepaskan lelah berkejar pulang, kini dia semakin lelah mendengar kata-kata umminya.
Wanita tua dihadapannya itu tersenyum lembut. "Ummi cuma nak Tasya bahagia nak. Nak ke ummi dah tak de baru nak cari pasangan ?"
"Ummi.. janganlah ckp yg bukan-bukan.." Tasya menarik muka.
"Habis tu?" ummi masih cuba memujuk puteri sulungnya itu.
"Bukan macam tu, lagipun.. erm.. ha.. Tasya belum pun kenal siapa lelaki tu." Tasya cuba berdalih.
"Alah, lepas tunang pun boleh berkenalan. Kalau tak pun lepas kahwin nanti bercinta. Dulu ummi dengan arwah papa kamu pun bercinta lepas kahwin juga. Kita orang tetap bahagia.."
"Tapi itu zaman dulu-dulu. Zaman anak dara tersorok dalam rumah. Sekarang dah lain ummi. Tak sama..." Tasya memintas kata-kata umminya.
"Dulu ke sekarang ke sama saja bagi ummi.. Ummi taknak Tasya sedih lagi, barang yang lepas tak usah Tasya ingatkan!" kali ini suara ummi nampak tegas. Tasya mengalihkan pandangannya ke arah TV. Dia kematian kata-kata.
"Ikut suka ummilah.."
*************
BATRISYA lewat masuk studio untuk latihan pertunjukkan fesyen. Hari ini dia benar-benar sibuk. Matanya melilau mencari pengurus yang dimaksudkan Rizal. Syasya mengekorinya dari belakang. Sengaja dia mengajak Syasya sekali, Syasya perlu pendedahan ini. Tidaklah dia asyik duduk di pejabat sahaja.
Satu senyuman di hadiahkan Batrisya tanda perkenalan mereka disambut dengan jelingan tajam.'Wah! sombongnya dia. Macam ini kah cara orang nak berbusiness?' soalnya dalam hati.
"Awak telah menghabiskan waktu saya selama 15 minit." Lelaki itu bersuara. Batrisya terkedu.
"Maafkan saya encik Harris, sebenarnya tadi..." Lelaki itu terus berdiri dan ingin meninggalkannya. Batrisya cuba mengejar. "Maaflah, tadi saya terpaksa pulang ke..."
Tengku Harris berhenti dan memandang tepat ke wajah Batrisya. "Awak ingat ini amaran terakhir. Kalau syarikat awak lambat lagi, kami akan ambil tindakan!" Tengku Harris memberi amaran dan berlalu pergi. Batrisya mengeluh. Syasya memandang Batrisya di sisi. "Sombongnya dia kak!"
"Esh! nanti dia dengar.."
**************
"MUMMY!! Harris belum pun bagi jawapan tentang pertunangan tu. Kenapa cepat sangat?" Suara Tengku Harris meninggi setelah mengetahui Puan Sri Zainab sudah membuat persiapan untuk majlis pertunangannya dengan Tasya. Dia mundar mandir di bilik solek. Batrisya yang sedang leka membantu seorang model memperbetulkan pakaian memandang sekilas kepada Tengku Harris.
'Pertunang?' detik hatinya.
Jelas keresahan di wajah Tengku Harris. Telefon bimbit masih lekap di telinganya. '
Bertunang cara paksa ke?' Batrisya mula berfikir.
'Ah! Kesiannya dia. Kenapalah orang sekarang nak jodoh-jodohkan anak dia orang sendiri. Biarlah anak-anak tu cari sendiri.' dia mengomel dalam hati. Sekali-sekala kepalanya digelengkan, kadang-kadang dianggukkan sambil tangannya leka mempersiapkan baju model.
"Awak dah pekak ke?!" Satu suara hinggap ditelinganya. Bingit. Dia benar-benar terperanjat.
Batrisya memandang wajah bengis di hadapannya. "Saya dengar, tak payah lah jerit-jerit!"
"Awak dengan mummy sama saja!" Tengku Harris terus melangkah keluar dari studio. Batrisya tidak faham apa yang dimaksudkan Tengku Harris.
'Mummy? aku? Dah sewel agaknya dia ni.' getusnya dalam hati.
Dia memandang sekeliling. Baru dia perasan setiap mata memandang ke arah mereka."Kita teruskan latihan ini." Batrisya memberi arahan kepada Syasya.
*****************
RIZAL memandang air kolam yang tenang. Keadaan daddy semakin tenat. kata-kata doktor terngiang-ngiang di cuping telinganya. "Daddy nak Rizal ambil alih syarikat daddy" Kali ini suara daddy pula menerjah di kotak fikirannya. Jika dia melakukan itu semua bererti dia akan berpisah dengan gadis pujaannya. Sekali lagi keluhan dilepaskan. Wajah Batrisya bermain di mindanya.
"Abang!"
Rizal menoleh. Qistina lantas memeluk abangnya. "Qis takut..Qis tak nak daddy mati.."
"Jangan cakap macam tu Qis, daddy tak apa-apa. Kita lakukan yang terbaik untuk daddy ok?" Dia cuba memujuk. Tangisan Qistina membuatkan hatinya tersentuh.
"Doktor kata daddy tak dapat diselamatkan lagi.." Pelukan Qistina terasa erat. Rizal hanya mengeluh, matanya mendongak memandang langit yang suram. Sesuram hatinya. Petang ini dia dan Qistina akan berangkat ke Singapore. Dia hanya mampu berserah dan pasrah.
*********
"PAPA!" Danish berlari riang mendapatkan Tengku Razman yang baru sahaja sampai. Tengku Razman memeluk putera sulungnya. Pipi Danish dicium beberapa kali. Seminggu tidak bertemu Danish membuatkan dirinya benar-benar rindu.Puan Sri Zainab tersenyum memandang gelagat anak dan cucunya. "Macamana Australia?"
"Macam biasa je mummy."
"Danish nakal tak?"
"tak.."
"Bagusnya anak papa.."
"Mummy ada hal nak cakap dengan kau. Masuklah dulu."
********************
"AWAK sihat?" Tengku Razman memandang Batrisya yang leka melayan kerenah Danish. Semenjak pertemuan tempoh hari, dia dan Batrisya sering berhubung.
Batrisya tersenyum dan mengangguk. "Anish rindu aunti tak?" pipi comel Danish dicubit manja.
Anak kecil itu mengangguk cepat. Batrisya tersenyum sambil menggosok-gosok kepala Danish. Anak itu terus saja menyuap ais krim kegemarannya. Mata Tengku Razman masih lagi tertacap pada gadis di hadapannya. Dia begitu rindu pada gadis tersebut. Saban malam dia menghubungi Batrisya dari Australia.
"U suka tak hadiah tu?"
"Hadiah? Hadiah apa?"
"sebenarnya saya yang bagi hadiah-hadiah tu."

"Awak?"
"Ya!"
"Lah.. kenapa tak bagitahu awal-awal.. saya dah banyak kasi kat orang."
"Iye ke?"
"Iyelah sebab saya tak tahu siapa yang bagi hadiah-hadiah tu. Saya ingatkan pengirim tu salah orang!"
"Tapi macamana awak tahu saya kerja kat sana?"
Soalan Batrisya hanya dibiarkan begitu sahaja.
"Cepat cakap!" Satu cubitan hinggap di bahu Tengku Razman. Tengku Razman hanya ketawa melihat wajah masam Batrisya. Kebahagiaan kian menyelinap di hati masing-masing. Jika tidak ada siapa yang tahu, mereka tidak ubah seperti sebuah keluarga yang bahagia.
Rabu, 12 Mei 2010
CINTA BATRISYA [8]
Suara nyaring Puan Sri Zainab benar-benar membingitkan telinga Tengku Harris.

"Balik-balik nama itu juga yang kau sebut. Mummy tak suka kat dia. Dia bukan setaraf dengan kita! Kau ingat gadis macam itu boleh buat bini ke Harris? Dahlah pakaian macam tak cukup kain. Sakit mata mummy tengok, tau tak? Tasya tu budak baik, manis, kuat agama.. memang sesuai jadi calon isteri mithali.. Apa lagi yang kau tunggu Harris?" Puan Sri Zainab memandang anak teruna bungsunya itu. Keresahan jelas terpancar di raut wajah tersebut. Harris masih diam. Siapa Tasya dia pun tidak kenal. Ibunya saja yang kenal siapa Tasya, sedangkan dia? Rupa paras Tasya pun belum pernah dia lihat. Fikirannya terbayang wajah Christina. Ah... satu keluhan singgah di bibirnya.
"Bagi Harris masa..." akhirnya Harris mengalah. Biarlah kali ini dia mengikut saja kehendak ibunya. Walaupun hatinya masih mencintai Christina, peluang untuk bersama-sama Christina sudah tidak ada lagi. Terbaru, dia mendapat tahu Christina sudah berhijrah ke Australia bersama-sama Faisal.
"Alhamdulillah.. senang hati mummy. Mummy percaya, Tasya gadis yang baik yang dapat bahagiakan Harris satu hari nanti." Puan Sri tersenyum puas setelah mendengar kata-kata Harris. Kini, dia boleh membuat persiapan untuk majlis pertunangan anaknya dan Tasya. Harris tidak mungkin menghampakan hatinya!
**********
Batrisya mempersiapkan diri untuk perasmian Permata Holding malam nanti. Rizal akan menjemputnya pukul lapan malam nanti. Setelah berpuas hati dengan segala-galanya, dia terus melangkah turun ke tingkat bawah. Apartment dua tingkat itu baru saja dibelinya 2 bulan yang lalu. Ibunya, Puan Aisyah bukan main bising lagi bila dapat tahu dia ingin berpindah ke sana. Bukan apa, dia lebih senang hidup berdikari daripada tinggal bersama-sama adik beradik tirinya yang lain. Kehadirannya kadang-kadang tidak disenangi. Jadi lebih baik dia berpindah dan mulakan hidup baru. Lagipun, tempat itu dekat dengan tempat dia bertugas sekarang."Wah! cantiknya ibu..." Suara susie, pembantu rumahnya terdengar sebaik sahaja kakinya mencecah lantai ruang tamu. Batrisya memberikan senyuman manis.
"Hehe.. Iye ke?"
"Iya bu! Bener.. Pasti ibu yang paling cantik malam ini" Susie berkata dengan loghat bangsanya.
'Pandailah kau.' Detik hati Batrisya.
"Iye la tu, apa-apa pun terima kasih atas pujian mu. Tetapi gaji kamu tetap sama!" Susie menjuihkan bibir mendengar kata-kata Batrisya
"Saya ikhlas bu! Dari lubuk hati ku yang mendalam.." Batrisya ketawa mendengar kata-kata Susie. 'Ada-ada saja susie ini' detik hatinya lagi.
'Aku pakai macam ini pun dia kata aku cantik!' hatinya berkata. Bibirnya masih tersenyum dengan kata-kata Susie.
Ting tong!
'Itu pasti Rizal' dia mengatur langkah ke pintu. Susie kembali ke dapur menyambung tugasannya.
"Ok." balasnya ringkas.
Sepanjang perjalanan Rizal masih mencuri-curi pandang kepada Batrisya yang duduk di sebelah. Batrisya sudah jauh berbeza. Empat tahun mendewasakan gadis tersebut. Hatinya benar-benar terpaut buat sekian kali. 'Ah! Batrisya.....'
Batrisya kian rimas. Pelik dengan perubahan jejaka di sebelahnya. Semalam bukan main lagi muka tegang semacam, malam ini asyik tersenyum macam kerang busuk! 'Radio ini pulak nak putar lagu-lagu romantik. Dah buang tebiat agaknya! '
************
Malam itu, Batrisya menjadi tumpuan setiap tetamu yang hadir. Batrisya cuba berlagak tenang. Dari jauh sudut, dia terpandang wajah abang tirinya yang kini mengendalikan Dwi Holding peninggalan arwah papanya. Memang abang Johan layak memegang jawatan itu walaupun beberapa kali abang Johan menyuruhnya kembali ke Dwi Holding. Nantilah bila dia sudah kembali bersedia.
"Hai!" Satu suara mengejutkan dirinya. Dia berpaling. Batrisya memandang lelaki yang tersenyum di hadapannya. Kening di angkat pelahan.
'Dia kenal aku ke?' detik hati Batrisya. Kini hatinya lega. Dalam ramai-ramai itu, ada yang mengenalinya dan ringan hati mengajaknya berbual. Dia begitu bosan ditinggalkan Rizal sendirian. Rizal sibuk berbincang hal bisnis dengan ahli koporat yang lain.
"Ingat saya lagi?" kali ini pertanyaan lelaki itu membuatkan Batrisya tersenyum pelahan. 'Tak!' jawabnya dalam hati.
"Siapa ye?" kali ini dia cuba mengingatkan.
"Awak Batrisya kan?"
'Macamana dia kenal aku?'
"Saya Razman!" Tengku Razman menghulurkan tangannya. Batrisya menyambut sebagai permulaan perkenalan mereka. Permulaan? mungkin...
"Terima kasih sebab pujuk my son hari itu." Tengku Razman cuba mengingatkan insiden di Mc D tempoh hari.
"Owh..." Batrisya baru teringat hal tersebut. Kini mindanya kembali normal.

"Its ok, My pleasure. Lagipun saya memang suka budak-budak." Tengku Razman berasa senang dengan kata-kata itu. Hatinya berbunga bahagia. Kenapa ya?
"Mana baby..."
"Danish?" soal Tengku Razman.
"Ya..Danish! So cute..! hehe.." Batrisya kembali tersenyum. Masa berlalu begitu pantas. Mereka bertukar-tukar idea dan pendapat. Hati Batrisya senang berbual dengan Tengku Razman. 'Matang, bijak, penyayang, kacak... begitu perfect. Memang sesuai untuk jadi calon suami! Suami? Esh, ada ke patut! Orang itu kan sudah ada isteri? Apalah kau ni Isya..gatal tak bertempat!'
"Isya!" Suara Rizal mematikan lamunannya. Kini dia sudah dalam perjalanan pulang ke apartment. Kacau betullah mamat ni!
"Jauh berangan?" sambungnya lagi. 'Iye! memang pun....' tapi itu hanya terluah di hatinya. Malam itu benar-benar membuatkan dirinya happy! Kenapa ye?
Rabu, 5 Mei 2010
CINTA BATRISYA [7]
"Papa, anish na ekem (icecream)" pintanya sambil jejari comel menunjuk gambar kecil di atas meja.
"Danish!!" Kali ini suaraku mula meninggi. Danish mula memberontak. Segala yang ada di atas meja cuba dicapai. Aku menarik tangannya kasar.
"Dah pandai lawan papa ye?" Aku cuba menahan kemarahan di hati.
"Boleh saya tolong?" Suara itu mengejutkanku. Aku mengalihkan pandangan pada si pemilik suara itu. Dia menghulurkan senyuman.'Siapa dia? Pemilik kedai ini ke?' soal hatiku.
"Erm, hello my dear..." Gadis itu terus tunduk menatap Danish. Danish menghulur tangan kepada gadis tersebut. Pinta didukung. Gadis itu terus mengambil Danish dari pangkuanku. Dia cuba memujuk Danish. Beberapa saat selepas itu Danish diam.
'Erk? Dah diam?'
Aku hanya memandang danish yang selesa bersama gadis tersebut.
'Pandai dia pujuk.' detiku hatiku. Hairan pula, Danish bukan macam tu. Dia bukan senang nak lekat kat orang. Mungkin sebab aku marah dia tadi, dia beralih minta perhatian orang lain. satu keluhan ku lepaskan.
"Encik.. Tak pelah, biar saya yang dukung." Pinta ku pelahan. Aku cuba menarik tangan Danish, pelahan tetapi cepat sahaja Danish menarik tubuhnya. Bahu gadis tersebut dipaut kuat. Gadis itu tersenyum pada ku.
"Anak ke?" Tanya gadis tersebut. Aku hanya membalas dengan anggukan sambil tersenyum.
"Tayang.. gi kat papa ye?" Dia cuba memujuk Danish. Danish tetap menggeleng dan tidaak mahu menoleh ke arahku. Danish memang sensitif, macam arwah mama dia. Pantang ditegur mula merajuk dan susah nak pujuk balik.
"Encik nak balik ke?" soalnya lagi. Aku memandang gadis tersebut.
"Owh, iye..ye.. saya nak balik" jawabku.
"Erm, kalau macam tu, biar saya hantar pergi kereta. Lagipun, dia sekarang tengah merajuk." Aku hanya menggangguk mendengar kata-kata gadis dihadapanku.
Danish sudah melentok di atas bahu gadis tersebut. Danish sungguh manja. Mahu tidak mahu, aku melangkah ke arah parking kereta.Setelah meletakkan Danish di bahagian duduk hadapan kereta. Gadis itu terus berlalu pergi.
"Tunggu!" Aku cuba menahan. Dia menoleh memandangku kembali.
" Awak..?"
"Batrisya!" dia lantas berjalan meninggalkanku terpinga-pinga.
Batrisya.. pelahan mulutku menyebut nama itu kembali. Ah! Tak mungkin!!
************
Danish sudah lena di atas katil. Kini jam menunjukkan pukul 2 pagi. Tetapi mataku masih segar. Aku duduk kembali duduk di atas sofa. Bayangan peristiwa tadi masih difikiranku.
"Batrisya..."

'Ah.. tak mungkin...' detik hatiku. Aku berdiri dan berjalan mundar-mandir. Hatiku mula tidak keruan. Aku mencapai bingkai gambar di sebelah katil. Wajah lembut di dalam bingkai itu ku renung.
'Batrisya.. abang rindu sayang....' hatiku kembali merintih.
'Kini danish sudah 4 tahun lebih dan sepanjang itulah juga abang rindu pada sayang.'
Tanpa sedar, air mataku kembali mengalir. Erat tanganku memeluk tubuh kecil itu.
'Maafkan papa sayang...'
***********
Isnin, 3 Mei 2010
CINTA BATRISYA [6]
Sebaik saja kakiku melangkah masuk ke pejabat, sekali lagi aku dikejutkan dengan hadiah tanpa nama di atas meja. Kali ini aku takkan berdiam lagi. Rizal memang tak tahu malu! Orang dah taknak, buat apa paksa? Aku memandang pintu bilik Rizal yang tertutup rapat. Pantas ku capai kotak hadiah itu dan berjalan pantas menuju ke bilik tersebut.
"Masuk." Kedengaran suara Rizal dari dalam. Walaupun kurang senang dengan kehadiran Rizal tetapi adab dan tatatertib sebagai orang bawahan tetap aku utamakan. Aku masuk seraya mendengar suara itu.
'Dia sibuk, lain kali sajalah' detik hatiku. Aku berpusing dengan niat untuk meninggalkan bilik tersebut.
"Isya..." kedengaran suara Rizal memanggilku. Aku segera menoleh. Kali ini Rizal sudah bangun dari kerusinya dan berjalan merapatiku.
"Ada apa-apa ke?" soalnya kembali.

"Tak.. cuma i nak kasitau u next time tak payahlah susah-susah nak kasi i hadiah ni. Lagipun.." Aku segera menyerahkan kotak hadiah yang berbalut warna merah jambu itu kepadanya. Comel tapi aku tak suka dengan benda-benda macam ni. Bukan nak sombong, tapi itulah hakikatnya. Aku memang tidak suka menerima hadiah dari mana-mana lelaki. Prinsip yang ku pegang dari dulu ini pun Rizal sendiri pun sudah maklum.
"Lagipun u pun tahu prinsip i macamanakan?" tanpa menunggu jawapan Rizal aku sgera mengangkat kaki.
"Wait Isya..i think u dah salah anggap ni."
"Tapi bukan i yang bagi hadiah ni.." Jawabnya pelahan.
Aku terdiam.
********
Ahad, 2 Mei 2010
Dinner? Pergi ke tak?
"Isya.. Masuk bilik saya sekarang!" Arahan Rizal mengejutkanku yang sedang leka melakar kanvas untuk fesyen-fesyen terbaru. Esh! apa lagi yang dia nak ni? Aku nak buat kerja pun tak senang, tau tak? Ah, biarlah. Aku masih lagi leka dengan lakaranku.
Kringggggggg...........
Ergh! menyampahnya. Aku terus bangun tanpa menghiraukan deringan telefon. Rizal dah melampau tau! Aku dah sediakan kopi, apa lagi yang dia nak? Walaupun kerja tu bukan kerja aku, mengada-ngada betul!! Seraya kakiku berjalan pantas. Bunyi kuat dari hentakan kasut tumit tinggiku tidak ku hiraukan. Lantaklah!
"Iye En Rizal, ada apa-apa yang perlu saya bantu?" Aku bertanya seraya memasuki bilik yang sederhana kecil itu. Rak buku yang tersusun di sudut bilik menarik perhatianku. Rizal memang suka pada buku. Tadi tak perasan pula ada rak tu. Dari maktab kami sering bertukar-tukar buku dan menghabiskan masa bersama-sama bertukar-tukar pendapat mengenai buku yang dibaca.

"Pertolongan apa En. Rizal?" Aku bertanya kembali. Aku ingin bersikap profesional. Antara aku dan dia adalah pekerja dan ketua. Jadi, tidak ada kena mengena dengan hal peribadi kami. Perkara itu sudah lama berlalu dan tak perlu diungkit lagi. Tekad ku.
"Isya.. panggil Rizal je...tak susah kan, macam dulu.. ri...zal.. kalau tak a...bang!!" bulat mataku mendengar permintaan rizal. esh, lelaki ni memang dah tak betul! Apalah yang dia buat kat England tu sampai jadi macam ni!
"Ini pejabat dan awak ketua saya. Saya harap awak faham." Tegasku. kali ini aku takkan berdiam lagi. Sunyi. Rizal hanya mengangguk dan kali ini dia memandangku tanpa berkata apa-apa. Tengok tu, dia mula buat hal lagi. Jarinya pantas menekan punat pada notebook di atas meja. Lau menyandarkan belakang tubuhnya ke kerusi kerja. Satu keluhan keluar dari mulutnya.
"Pertolongan apa?" Aku memecah kesunyian. Rizal masih juga begitu sambil memejamkan mata. Kepalanya diangkat sedikit menghadap syiling.
"Rizal..?" Lelaki itu seperti mempunyai masalah yang berat. Kesian pulak tengok. Kali ini dia memandang ku tepat. Dia memperbetulkan tempat duduknya. Senyuman diukir ke arahku.
"Oh ya! 2 hari lagi i ada dinner dengan semua lembaga pengarah. Dinner perasmian kawan share daddy. So, daddy nak i pergi sebab daddy nak pergi Singapore. So.."
"Dato' Zainal pergi Singapore?" pantas aku memotong. Pelik. Hari tu dato' kata kesihatan dia semakin stabil. Dato' Zainal adalah teman baik arwah papa. Sejak arwah papa tak de, Dato' Zainal sering bertanya khabar kami sekeluarga. Perniagaan papa pun uncle Zainal yang uruskan. Wait? Kenapa Rizal tak kerja dengan Dato' Zainal? kenapa kerja kat company ni? Kepala ku ligat memikirkan perkara tersebut. Apa Rizal dah tak berminat nak teruskan perniagaan Dato' Zainal? Tak mungkinlah. Dia dihantar pergi England pun sebab Uncle nak dia yang uruskan semua. Takkan Dato' Zainal nak...
"Iye, kena medical check up lagi. Daddy kurang sihat akhir-akhir ni." terselit resah dalam nada suara Rizal. Wajahnya bertukar mendung.
"I nak ambil pengalaman." Balasku pendek. Menyampah. Aku melarikan pandangan ke arah lain. Senyumannya kian lebar. Dia berdiri dan memandang panorama di luar bangunan 57 tingkat itu. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Aku memerhati tubuh itu dari belakang. Tinggi, segak dan kacak! malah punya segala-galanya. Banyak perubahan pada Rizal. Matang dan satu yang buat mataku terpaku. Rambut yang dipotong pendek. Dulu bukan main susah dia nak potong. Mungkin nak ikut trend terkini. Entahlah! Aku mencebik. "So, u pergi dengan i ok?" Rizal bersuara kembali memecahkan kisah 6 tahun dulu dari mindaku. kali ini ternyata tegas. Dia menoleh seketika sebelum kembali memandang panorama di luar jendela. Entah apalah yang menarik perhatian jejaka itu.
"Pergi? Pergi mana?" Pertanyaan ku membuatkan lelaki itu tergelak dan menggeleng-gelengkan kepala beberapa kali.
"what? dinner? Tapi....."
"Tolong tutup pintu sekali!" Dia berkata sambil tersenyum sinis. Ergh! Aku melangkah kembali dengan hati yang membengkak!!
*********************
Sabtu, 1 Mei 2010
CINTA BATRISYA [4]
*********
"Leeza..."
"Yaa.. I know, but u should know!" Leeza memotong cakapku.
"Antara aku dan dia memang takde apa-apa..and.." Aku menarik nafas dalam-dalam. Kuat dan tabahkan hatiku ya ALLAH!
"Dia call aku semalam." Leeza kembali bersuara.
"Thats good!" Aku cuba berlagak tenang. tapi hakikatnya..
"Dia nak kita bertiga berjumpa.." Leeza merenungku. Aku terdiam.
"untuk apa..."
"Isya.. Dia nak sangat berjumpa dengan kau..." Leeza seakan-akan merayu padaku. Aku tunduk. Argh!! kenapa dia nak jumpa aku???
Aku diam.
"Aku sibuk lah Leeza. Final project untuk model-model tu aku kna hantar hujung bulan ni. So, i think i cant make it!" Aku bersuara lemah.
"Isya..."
"Ok, keputusan aku muktamad. Aku sibuk... sorry ek? pleasee... jangan paksa aku??" Aku berkata lembut. Kenangan kat maktab dulu bermain di minda ku. Memang best, kami bersahabat baik dan akhirnya melahirkan bibit-bibit percintaan yang sukar aku lupakan. Tapi segalanya hancur selepas Rizal menduakan cinta kami. Bagiku cukuplah peluang itu datang sekali. Tak mungkin untuk kedua atau.. Ah! itukan namanya cinta monyet? Monyet pun tak bercinta macam tu.. Aku tersenyum!
"Beranganlah tu... tak pandai berubah. sama lah kau dengan Rizal. asyik berangan je kalau org tengah bercakap!"
Senyumku terus mati bila dengar kata-kata Leeza!
************
Petang itu aku lewat masuk pejabat. Dan kali ni, aku dikejutkan dengan sejambak bunga di atas meja! Ini dah lebih, dah lah takde nama pengirim. Aku mengambil bunga tersebut.
Macam biasa, ku letakkan atas meja syasya. Pasti pengirim ini dah salah orang. Mana lah tahu si pujaan hati satu pejabar dengan aku. Aku kembali dengan tugasku.
"Wah!!!" jeritan Syasya mengejutkan aku. Bertuah punya budak! Dia memandangku sambil tersegeh-sengeh.
"Apa?"
"Kak.. takkan ni pun nak kasi Syasya? Syasya taknak lah!" Dia meletakkan bunga itu kembali di atas mejaku.
"Lagipun..... orang tu nak kat akak, bukan syasya." sambungnya. Dia memain-main pen ditangannya.
"Orang? Orang mana?" tanyaku. Mataku kian mengecil bila melihat perubahan wajah Syasya.
"Syasya! baik cakap. Orang mana nih?" Aku terus mendesak. Budak ni kan...
"Orang ni!" Satu suara hinggap di telinga ku. Suara yang sudah bertahun hilang dari pendengaranku dan kini menerjah kembali. Aku menoleh.
"Haii!" sapanya. Dia datang menghampiri ku. Mataku terpaku memandangnya. Kini lidahku kelu. Dan segalanya terasa pahit!! ARGH!!!! Aku benci situasi macam ini.
"Kita jumpa lagi kan.?" Dia menghulurkan tangan kepadaku. Aku hanya memandang lemah. apa ini mimpi?
"Isya dah tak ingat kat Rizal?" sambungnya. Kini dia berdiri tegak dihadapanku sambil tersenyum. Masakan aku lupa! Dia cinta pertama ku. Kali ni aku terasa mahu menjerit. Aku memandang Syasya minta pertolongan. Ah! Syasya pun satu. Kenapa dia tak bagi tau aku ada tetamu. tetamu tak diundang! Mataku tajam memandangnya.
"Akak... Nilah bos baru kita." Syasya berkata pelahan. Aku terdiam. Bos baru? Ah! Tak mungkin.
"Erm, akhirnya DIA ketemukan kita lagi kan? macam tak percaya." kata-katanya membuatkan kepalaku berpusing. Bencinya!!!!!!!!!!! Jangan nak perasan!!








