Followers

Khamis, 26 Mei 2011

Pagi itu seperti biasa rutin harian Batrisya semakin sibuk. Sejak berpindah bekerja dengan Tengku Harris, hari-harinya dihabiskan di pejabat hingga makan tengahari pun selalu tertinggal. Semua ini gara-gara sikap Haris yang inginkan tugasan disiapkan secepat yang mungkin. Dan dia sebagai pekerja hanya mampu mengikut arahan bos!


 

"Alah Isya, you tak siapkan pun bos takkan marah.. al-maklum tuning tersayang katakan!" Usik Kak Wina, setiausahanya.


 

"Itu kalau dia tak marah, tapi kalau dia marah macamana?" balasnya. Kek Wina terus tersipu-sipu.


 

"Sure Isya taknak makan ni? Kalau tak akak tapaukan?" Tanya Kak Wina. Sungguh prihatin wanita ni. Sejak mula bekerja sampailah sekarang dia senang bertugas dengan orang bawahan seperti Kak Wina.


 

"Takpe lah kak, nanti saya turun kalau saya lapar.."


 

"Okey!"


 

kak Wina terus melangkah meninggalkan gadis tersebut. Sekarang baru dia perasan, office sepi. Semua pekerja dah keluar makan tengahari. Keluhan dilepaskan pelahan. Memang pun dia tunang Tengku Harris, tapi........ ah! sudahlah malas nak fikir, Dia terus menyambung tugasannya yang tergendala. Namun fikirannya tergendala. Egh! kenapa ni...


 

Tetiba dia rasa bulu romanya meremang. Bukan dia tak pernah dengar kisah-kisah menyeramkan dalam office ni. Pernah satu ketika, Kak Wina bercerita dia pernah terserempak dengan suatu lembaga hitam kat bilik hi-tea. Hazman pun juga pernah kena kacau.


 

'Aii.. Isya! tak perlu takut.. hari kan siang..?' Dia cuba memujuk dirinya. Namun getaran hatinya semakin kuat.


 

'Ini tak boleh jadi.. lebih baik' getus hatinya. Dia terus mencapai tas tangan dan ingin beredar. Belum sempat dia bangun. Dia terasa sesuatu menyentuh bahunya.


 

"ARGHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!" dia menjerit sekuat hati.


 

"Hey... kenapa ni? Are you ok?" sapa Tengku Harris. Batrisya membuka matanya pelahan-lahan.


 

"fuh... saya ingatkan han........." dia tidak jadi meneruskan kata-katanya. Tangannya pantas membetulkan tudung yang tersarung dikepalanya.


 

"Ha.. yang awak kejutkan saya ni kenapa?!" Bentaknya.


 

"Saya kejutkan awak? Bila masa pulak?"


 

"Yang tadi tu.."


 

"Sorry ek? Saya dah bagi salam pun. Tapi awak yang jauh berangan ntah apa-apa!" Batrisya terdiam mendengar kata-kata Tengku Harris.


 

"Saya nak Tanya document yang saya minta tu dah siap?" Tanya Tengku Harris. Batrisya menggeleng.


 

"Belum."


 

"What?! You tahu tak i nak semak document tu sekarang? Esok dah nak bentangkan dalam meeting."


 

"I know, tapi......"


 

"Ah! takde tapi-tapi. by 2pm i nak document tu ada atas meja i, faham?" Tengku Harris memintas kata-kata Batrisya.


 

Bulat matanya mendengar arahan dari big bos a.k.a bakal suaminya itu!


 

"Mana boleh...."


 

"kenapa pulak tak boleh?"


 

"You baru je bagi kat i document tu pagi ni.. banyak lagi yang kena baiki!"


 

"itu masalah you, yang penting i nak by 2 pm. fullstop!" Tengku Harris terus meninggalkan gadis itu. Batrisya terasa ingin menangis. Macamana dia nak siapkan document tu hanya dalam masa 1 jam? Tak masuk akal langsung.


 

Langkah Tengku Harris terhenti. Dia kembali menoleh ke arah gadis itu. Mulutnya yang ingin mengatakan sesuatu terhenti apabila melihat wajah murung gadis itu. Keterlaluan ke dia membagi arahan. Memang dia sengaja berbuat sebegitu. Rasa cemburunya masih bersisa sejak pulang dari apartment abangnya. Tunang mana yang tidak sakit hati bila tahu tunangannya berada di rumah abang sendiri waktu malam pulak tu...


 

Teringatkan hal tersebut, kini egonya kembali membara. Dia terus melangkah masuk ke biliknya.

Sabtu, 14 Mei 2011

MAAF...

Assalamualaikum...

First of all saya nak mohon maaf sebab dah lama tak updated new entry. Idea memang banyak, keinginan untuk menulis memang ada, cuma kesibukan harian buat diri ni tak sempat nak jenguk blog ni.. apa pun, saya akan try luangkan masa untuk sambung kembali kisah CINTA BATRISYA yang terputus 'sementara' waktu ni.. :) harap semua kembali mengikuti ye.. Assalamualaikum..

Jumaat, 15 Oktober 2010

CINTA BATRISYA [16]

TENGKU RAZMAN memangku kepala Danish. Badan Danish yang masih terasa hangat itu diusap perlahan. Sudah seminggu demam anak kesayangannya itu belum sembuh. Hembusan nafas Danish diperhatikan perlahan.

"Papa, Danish nak jumpa aunty... Bila Danish boleh jumpa aunty?" Soal Danish lemah. Tengku Razman pening bagaimana untuk menjawab. Tiap kali Danish membuka mata, pertanyaan itu juga yang diulang berkali-kali.

Handphone di tepi meja di capai. Dia masih berbelah bahagi sama ada untuk meneruskan hajatnya atau tidak. Tapi bila memikirkan keadaan Danish, dia mula risau. Pelahan kepala Danish dialihkan ke bantal sofa. Dia bangun dan melangkah ke luar beranda. Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar, pohonnya dalam hati.

"Helo.. Assalamualaikum.."

Tengku Razman terdiam bila mendengar suara gemersik Batrisya di hujung telefon. Betapa dia merindui gadis itu. Lama dia terdiam. Tiba-tiba lidahnya terasa kelu.

"Walaikumsalam.. Esya, ini Raz.." ucapnya pelahan.

"iye.. Esya tahu.. Raz kat mana ni?" soal Batrisya kembali.

"kat rumah.." Jawabnya ringkas.

"Erm.. ada apa-apa yang Esya boleh tolong?" Batrisya cuba berlagak biasa. Walaupun terasa suaranya sedikit kaku. Berbeza ketika mereka mula-mula bertemu dahulu. Ah.. yang pasti jejaka itu bakal menjadi abang iparnya tidak lama lagi, pujuk hatinya.

"Macam ni.. saya nak bagitau you yang Danish nak sangat jumpa dengan you.. sebab sekarang Danish tengah demam and..."

"Demam? Dah bawa dia pergi klinik?" Batrisya mula panik. Dia terus bangun dari pembaringan. Hatinya tidak keruan mendengar khabar yang baru diterimanya. Pantas tangannya mencapai kunci kereta. Laju langkahnya berlari menuruni anak tangga. Terbang semua kemarahan pada Tengku Razman. Dia hanya memikirkan tentang Danish.

"I pergi rumah you sekarang ok?" tanpa banyak soal dia terus menekan punat merah di handphonenya. 'Danish.. Maafkan aunty..' Dia merintih kesal.


"DIA dah tidur... tadi dah bagi makan ubat..baru dia lena.." itulah penjelasan Tengku Razman saat kakinya menapak ke apartment milik Tengku Razman.

"Terusk sangat nih, takkan doctor tak kasi apa-apa lagi.. dah seminggu Danish demam, mana boleh biarkan." Batrisya mula risau. Wajahnya berkerut. Tangannya mengusap-usap kepala Danish perlahan. Matanya masih tertacap pada raut wajah anak kecil itu. Simpatinya menggunung. Sesekali anak kecil itu bergerak.

"Awak tak bawak dia pergi hospital ke?"soal Batrisya lagi.

"Dah bawa.. ini pun dia baru keluar wad semalam. Doctor suruh rehat. Mungkin dua tiga hari lagi Danish akan sembuh.. You tak perlu risau.." jelas Tengku Razman. Dia hanya memerhati gadis di hadapannya. Kelihatan ada kesan bengkak di bawah mata Batrisya dan wajah itu kian susut.. terseksakah dia?

Keluhan Batrisya membuatkan Tengku Razman tersentak. "Okaylah.. i balik dulu.. kalau ada apa-apa, you call i ok? Esok i cuba datang sini.." Batrisya meminta izin untuk beredar. Tengku Razman hanya mengangguk perlahan.

"Maaflah menyusahkan.."

"Tak jadi masalah.." Batrisya tersenyum sebelum melangkah. Tetapi langkahnya terhenti melihat seraut wajah tegang sedang berdiri di belakangnya. Tengku Harris!


"Hahaha... dah nak balik ke sayang?" Kata-kata Tengku Harris membuatkan jantung Batrisya berdegup kencang.

"Sorrylah, tadi i cari parking.. lambat sikit.." buntang mata Batrisya mendengar kata-kata Tengku Harris. Dahinya berkerut untuk memahami kata-kata lelaki itu. Bila pulak aku berjanji dengan dia? soal hatinya. Tengku Harris yang tersenyum terus memeluk bahu Batrisya dan membawanya masuk kembali ke dalam apartment Tengku Razman. Tengku Razman yang memerhatikan hanya diam seribu bahasa. Batrisya cuba menolak tangan sasa Tengku Harris tetapi Tengku Harris memberi isyarat mata.

"Jangan kau nak buat hal.."bisik Tengku Harris pelahan di telinga Batrisya. Mahu tidak mahu Batrisya terpaksa mengikut rentak Tengku Harris. Nanti tak pasal-pasal dia pulak kena.

"Mummy bagitahu Danish demam. Itu yang kami datang ni.. kan sayang?" jelas Tengku Harris pada abangnya sambil menghulurkan buah tangan yang baru dibelinya. Bibirnya masih lagi mengukir senyuman walaupun hatinya teramat sakit melihat kelibat tunangnya di apartment tersebut.

Sebenarnya, dia cuba menghubungi Batrisya tetapi gagal. Namun, bila dia cuba menelefon apartment Batrisya, bibik bagitahu dia sudah keluar. Rancangannya untuk menonton teater malam itu terpaksa dibatalkan kerana dia tahu gadis itu begitu meminati seni teater. Terus dia singgah di apartment abangnya untuk melawat Danish yang demam!

"Nak minum apa? abang boleh buatkan.." Tengku Razman bersuara kembali selepas mereka duduk di sofa ruang tamu di apartment itu.

"eyh.. tak payah..."

"iye..iye.. boleh jugak bang.. saya nak coke je bang!" Pantas Tengku Harris memotong kata-kata Batrisya

Batrisya terdiam. Yang pasti selepas ini pasti perang tercetus lagi! bencinya.....!!!


Jumaat, 8 Oktober 2010

CINTA BATRISYA [15]

BATRISYA menolak perlahan pintu bilik hospital yang menempatkan Tengku Harris. Sejambak bunga putih digengamnya kemas. Hatinya berdebar menanti reaksi Tengku Harris. Mungkin akan dijerkah seperti selalu atau ...

"Masuklah, buat apa tercegat kat situ?" Belum pun sempat memberi salam, sudah terdengar jerkahan Tengku Harris. Batrisya mengangguk pelahan. Tengku Harris kembali menyambung bacaannya. Dari pagi dia menanti gadis tersebut, malam baru nak datang! rungutnya dalam hati. Dia berpura-pura kusyuk meneruskan bacaan walhal tidak ada satu pun melekat di kotak fikirannya. Namun, anak matanya sempat melirik pada gadis tinggi lampai tersebut.

Batrisya meletakkan jambak bunga putih tadi di atas meja kecil berhampiran dengan katil Tengku Harris dan duduk di bangku bersebelahan katil Tengku Harris.

"Awak ok?" Dia bersuara sebaik dilihatnya Tengku Harris tidak memberikan apa-apa respon dengan hadiran dirinya.

"Awak pun nampak saya macamana sekarang, kalau saya sihat taklah duduk kat dalam bilik ni!" Jawab Tengku Harris kasar. Batrisya tunduk. Kehadirannya bukan untuk bertanya khabar, tetapi dia ingin membebaskan Rizal dari tahanan polis.

"lepaskan Rizal!" Dia bersuara pelahan. Kini dia sudah malas hendak berlembut dengan kelakuan Tengku Harris yang sentiasa berkasar dengannya. Pandangannya tertumpu pada lelaki berkenaan. Tengku Harris tersenyum sinis. Dia sudah tahu kehadiran wanita itu bukan untuknya tetapi untuk lelaki jahanam itu.

"Tengoklah macamana.."

"Dia tak salah...."

"Iye!! Dia memang tak salah tapi kau yang salah! Gatal tak sedar diri, pergi rumah lelaki jahanam tu buat apa? Kau tu tunang aku, kau lupa ke?!" Tengku Harris mula berang dengan sikap tunangnya yang tidak habis-habis menyebelahi Rizal. Dengan kuasa yang dia ada, dia boleh buat Rizal lebih teruk dari itu.

Mata Batrisya mula merah. Entah mengapa, dia begitu sensitif dengan kata-kata Tengku Harris.

"itulah perempuan, sikit-sikit nak nangis!" Tengku harris merengus kasar. Lama-lama kedengaran pula esakan kecil dari bibir Batrisya. Tengku Harris jadi bingung. Ergh! dia tidak pandai bab pujuk-pujuk ni. Anak matanya memandang wajah gadis yang kian merah itu. Simpatinya kian timbul. Apa nak buat ek? macamana nak pujuk nih? hatinya berdolak balik mencari idea. kaki yang dilunjurkan diturunkan ke bawah katil untuk menukar posisinya menghadap gadis tersebut. Batrisya hanya tertunduk sambil menangis. tangan Tengku Harris terketar-ketar. Tidak tahu mahu pegang bahu ke kepala? Argh... kacau betullah!!!
Kenapa aku gabra nih??

Batrisya terus berdiri. Dia ingin pulang. Tengku Harris terkejut dengan riaksi mengejut Batrisya. Hampir saja mukanya berlaga dengan Batrisya. Batrisya sudah pantas melangkah ke arah pintu.

"Tunggu!!" Tengku Harris terus berdiri untuk mengejar gadis tersebut.

"okey, i setuju lepaskan Rizal, tapi dengan syarat!" Batrisya terhenti. Pelahan dia menoleh kembali memandang Tengku Harris.

"Syarat?" soal Batrisya.

" Iye...... erm......" syarat apa patut aku bagi ah? otaknya ligat berfikir. Apa ye? Tengku Harris menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Syarat apa?" soal Batrisya lagi. Tengku Harris buntu. Kali ini dia tidak tahu untuk berfikir.

"Syarat apa?!!!"

"kita kahwin!" meluncur jawapan itu dari mulut Tengku Harris kerana terkejut dengan jerkahan Batrisya.

"Hah?!!" kali ini dua-dua terpaku.


Khamis, 26 Ogos 2010

CINTA BATRISYA [14]


Rizal benar-benar merasa puas. Kini hajatnya kian tercapai. Dia yakin Batrisya akan menjadi miliknya. Sudah 3 hari gadis itu menetap di rumahnya.

"Isya dah makan?" soal Rizal lembut. Sejak tadi dia melihat gadis itu termenung di tepi kolam renang. Batrisya hanya mengangguk pelahan. Kedinginan malam benar-benar terasa. Rizal menyarungkan jaket yang dipakainya ke tubuh Batrisya. Gadis itu cuba menolak tetapi Rizal tidak peduli.
"Thanks." Batrisya hanya mampu tersenyum. Sesaat dua, mereka hanya berdiam diri. Rizal tidak tahu apa yang harus dibicarakan.

"Abang... ada orang nak jumpa!" Suara Qistina mengejutkan mereka. Batrisya memandang lelaki di hadapan. Mereka tertanya-tanya. Kedua-dua mereka melangkah meninggalkan perkarangan kolam renang dan menuju ke ruang tamu.

Mata Batrisya membesar saat melihat susuk tubuh yang duduk di sofa ruang tengah. Harris? Dia buat apa kat sini? Hatinya tertanya-tanya. Belum sempat Rizal bertanya, gadis itu sudah menerpa ke arah Harris.

"Buat apa kau datang sini?" soalnya keras. Harris yang termenung terkejut dengan sergahan itu. Dia kembali tersenyum. Bagi Batrisya senyuman itu adalah satu senyuman yang menjelikkan!
"Jom kita balik.." Tangan Batrisya dipaut lembut senada dengan kata-kata yang terlontar dari mulutnya.

"Lepaslah.. apa pegang-pegang ni?!" Batrisya menarik kasar tangannya. Namun Tengku Harris memegang kejap tangan gadis itu. Batrisya mula merasa sakit.


"Lepaskan dia!" Suara Rizal memecahkan pergelutan antara mereka berdua. Hatinya geram melihat perlakuan lelaki itu pada gadis pujaannya. Datang tak diundang, kenal pun tidak. Tahu-tahu nak kurang ajar!

Tengku Harris tidak peduli kata-kata Rizal. Dia terus menarik kasar Batrisya untuk dibawa pulang. "Lepaslah!!! Saya taknak balikkk! Awak tak faham ke???" Batrisya mula meronta-ronta.

Bok! Satu tumbukan tepat mengena pipi kiri Tengku Harris. Batrisya terpaku. Tangannya terlepas dari genggaman tengku Harris.

Tengku Harris yang tersungkur mula terasa pening. Demamnya masih belum kebah. Tubuhnya terasa begitu lemah. Dia cuba untuk bangun tetapi tidak berdaya. Terasa cairan hangat mengalir di bibirnya. Darah! Batrisya kian panik.

"Rizal stop!!" Dia menjerit bila Rizal cuba mengulangi perbuatannya. Dia duduk di hadapan Tengku Rizal untuk menghalang tindakan Rizal. Di tidak mahu pergaduhan itu berlaku.

"Isya, tepi. Biar i ganyang budak hantu ni!" Rizal menarik tangan Batrisya untuk beralih dari tempat itu.

"I kata sudah!!" Namun jeritan itu tidak dipedulikan. Rizal terus menerajang perut Tengku Harris. Tengku Harris sedikit pun tidak membalas.

"Sudah Rizal! Please... Jangan buat dia macam tu." Walaupun dia tidak pernah mempunyai perasaan terhadap Tengku Harris, namun melihat keadaan itu membuatkan dia menangis. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia harus menangis!

Rizal tidak mempedulikan rayuan Batrisya. Qistina yang mendengar jeritan Batrisya terus turun ke ruang tamu. Dia begitu terkejut melihat tindakan abangnya, segera dia menjerit memanggil pembantu rumah mereka.

"Astagfirullahalazim! Rizal bawak mengucap nak!" Pak cik Johan yang baru sampai terkejut melihat pergelutan itu. Segeran tangan Rizal ditarik.

Batrisya yang terduduk tidak jauh dari situ benar-benar takut melihat perubahan watak Rizal. Tidak pernah dia melihat Rizal mengamuk sebegitu. Setahunya, Rizal seorang yang penyabar. Mana mungkin dia berkelakuan seperti itu. Dia menerpa ke arah Tengku Harris. Tubuh lelaki itu digoyang-goyangkan. Namun hampa. Tengku Harris sudah tidak sedarkan diri. Pak cik Johan segera menelefon ambulan. Batrisya menangis tidak henti. Rizal hairan melihat kelakuan Batrisya.

"Dia tunang aku! Kau memang tak ada hati perut!!!" Batrisya mula menjerit dan menghempas-hempas tubuh Rizal. Kali ini Rizal pula terasa ingin pengsan mendengar pengakuan Batrisya.

Jumaat, 13 Ogos 2010

LUKISAN HATI [1]

PANAS. Syifa memandang sekeliling. Hatinya geram bukan main. Kalau diikut hati, mahu saja dia menempalak senior yang kurang ajar tadi.

" Suka-suka hati suruh aku pusing pokok 7 kali ! Nasib baik tengah orientasi, kalau tak memang dah siap aku balun dengan kasut ni." Dia mengomel sendiri sambil matanya melilau mencari seseorang.

Punggungnya dilabuhkan di atas bangku panjang di stesen bas itu setelah penat berdiri. Peluh mula meleleh di dahinya. Sekejap dia berdiri dan beberapa saat dia duduk kembali. Sekeping kertas digunakan untuk mengipas raut wajahnya yang kepanasan. Tangan kirinya dicekakkan pada pinggangnya. Dia benar-benar hilang mood hari ini.


" Mana pulak Abang Shah ni !" Matanya sempat mencuri pandang ke arah jam di tangannya. 6: 15 petang. Pelajar-pelajar lain sudah mula beransur pulang. Kini tinggal dua orang saja yang masih menanti di situ untuk dijemput pulang. Tinggal dia dan seorang pemuda yang duduk di hujung bangku. Dan dia pula di hujung sebelah sini. Nasib baiklah. Kalau tidak, mungkin tinggal dia seorang saja di sana. Harap-harap dia ini baik orangnya kalau tidak? Argh! Desis hatinya. Dia mula membayang sesuatu yang buruk. Pantas tangannya menyelongkar beg sekolah yang digalasnya. Mencari sesuatu.


" Alamak! Handphone tak bawa pulak." Dia mengeluh lagi. Baru dia perasaan handphone kesayangannya tidak dibawa sekali pagi tadi.

" Ini semua Abang Shah punya pasal, tadi ada juga student bawa handphone. Ini tak pasal-pasal kena tunggu dia, ntah mana dia pergi. Menyusahkan betullah !" Omelnya lagi.

Dia memicit-micit dahinya. Kepala terasa berat. Tangannya kembali menyelongkar beg sekolah itu. Berharap handphone kesayangannya berada di dalam beg tersebut. Hampa. Dia merengus pelahan. Matanya kembali memandang kereta yang melintas. Sebuah buku di dalam beg dikeluarkan. Tangannya kembali mengipaswajahnya yang mula kemerah-merahan menahan bahang kepanasan cuaca pada ketika itu.


TANPA sedar, setiap gerak lakunya diperhatikan Daniel yang duduk tidak jauh dari situ. Pelik melihat gelagat gadis tersebut. Sekejap berdiri, sekejap duduk Mulutnya tidak habis berkata sesuatu. Tetapi kurang jelas dipendengarannya.


" Daniel!!" serentak kedua-dua pelajar itu menoleh.

" Hai ! awak masuk kolej ini ke?" Daniel meraup wajahnya. Dia bangun dari bangku tersebut dan berjalan ke tepi tiang stesen. Tubuhnya disandarkan pada tiang stesen tersebut. Syifa yang berada tidak jauh dari situ memasang telinga. Dia memandang sekilas ke arah gadis yang berdiri di hadapan pelajar yang bernama “Daniel” itu. Uniform gadis itu diperhatikan dari atas hingga ke bawah. 'Ah..dia ni senior kat sini!' teka hatinya
apabila melihat gadis itu tidak memakai pelekat seperti mereka.

' Cantik ! dan lelaki yang bernama Daniel itu pun... Kacak ! Padanlah tu..' kali ini dia mula membuat kesimpulan sendiri.

' Esh! kau ni Syifa, pandai-pandai je nak padankan orang !' Dia mengeleng-geleng mendengar suara hatinya.

" Tak sangka awak sambung kat sini.. " kata-kata gadis itu menyapa telinga Syifa. Dia berpura-pura memandang ke jalan raya. Seolah-olah dia tidak mengetahui bibit bicara kedua remaja berkenaan. Hanya sesekali dia memcuri pandang ke arah mereka.

" Erm.." Daniel menjawab acuh tak acuh. Tangannya terus menyeluk poket seluar sekolah berwarna hitam. Kotak rokok dikeluarkan. Sebatang rokok disuakan ke bibirnya. Dikesempatan itu, pandangannya kembali ke arah gadis pelik di hujung bangku. Tanpa sedar mata mereka bersatu.

' Apa pandang-pandang? Dah ada girlfriend tu buatlah ada girlfriend. Ini tidak. Depan kekasih sendiri pun boleh melirik pada perempuan lain' detik hati syifa. Satu jelingan dihadiahkan kepada lelaki tersebut. Padan muka! Desis hatinya lagi. Daniel hanya tersenyum kelat dengan reaksi yang diberikan gadis di hujung bangku itu. Jarang dia diperlakukan begitu. Namun dia tidak kisah. Satu hembusan asap dikeluarkan dari mulutnya. Lega.

" Syifa.. Jom balik.." satu tepukan di bahunya mengejutkan Syifa. Mulutnya mula muncung protes dia merajuk atas kelewatan Shahrol.

" Itulah terlalu asyik sangat pandang budak tu apasal, Abang Shah datang pun tak perasan" Usik Shahrol sambil tersenyum memandang Syifa. Beg sandang di atas bangku dicapai Shahrol.

" Abang... esh, dah lama syifa tunggu tau? " rungut Syifa. Tidak sampai hati pula dia nak marah bila lihat wajah keletihan abangnya.

" Abang ada meeting Majlis Pelajar tadi.. Sorry ye.." Jawab Abang Shah ringkas. jJri telunjuknya mencuit hidung adik kesayangannya itu. Syifa menepis. Mulutnya masih muncung.

" Okeylah, lepas ni kita pergi makan ice cream dulu ye?" Persis seorang anak kecil Syifa terus meloncat bangun mendengar kata-kata Shahrol. Shahrol tersenyum senang. Kaki mereka bergerak melangkah ke parking kereta bersebelahan dengan stesen bas tersebut. Mulut Syifa tidak berhenti menceritakan aktiviti yang diberikan sepanjang orientasi dijalankan. Shahrol hanya diam dan mendengar omelan adik bungsunya itu.

Dari kejauhan, Daniel hanya memandang gadis pelik dan lelaki yang bernama 'Abang' itu berlalu pergi. Rokok yang hampir separuh dicampakkan ke dalam longkang. Kini kakinya pula berjalan meninggalkan stesen bas itu tanpa menghiraukan gadis yang menyapanya tadi. " Daniel!!"

SEMINGGU berlalu.

"AKU salah jadual.. sebab itu yang aku tak masuk kelas ni.." itulah jawapan yang diberikan Syifa sebaik saja Jeenah sibuk bertanya mengapa dia tidak hadir kuliah minggu lepas. Dia benar-benar keletihan. Mana tidaknya, dah beberapa kali dia tersesat di kolej itu. Dah lah bentuk bangunan semua hampir sama. Tidak pasal-pasal dia meronda setiap bangunan untuk mencari kelas. Akhirnya dia selamat juga bertemu. Minggu lepas dia terlepas kelas tersebut sebab tersesat dan salah jadual.

" Habis tu kenapa tak call aku ?" Soal Jeenah.

" Aku tak bawa handphone. Abang Shah tak kasi bawa." jawab Syifa.

" Iye ke? Alah.. Aku tengok semua budak intake kita bawa handphone. Kau saja yang kolot . Terlalu ikut undang-undang sekolah ni. Tengok ni?" Jeenah menayangkan Handphone berwarna merah jambu di hadapan Syifa.

"Wah.. Yang baru lagi ke?" Tanya Syifa teruja. Dia membelek-belek handphone baru milik Jeenah.

"A'ah.. abah hadiahkan semperna aku masuk kolej ni." Jawabnya bangga. Syifa mencebik.

Matanya mula memerhati sekeliling kelas. Semua pelajar di dalam class itu hampir dia kenal. Hanya beberapa orang saja muka baru yang baru di situ.

"Kau gaduh lagi dengan Faisal ek?"
Syifa memandang Jeenah kembali. Mengangguk tidak, mengiakan pun tidak. Dia kembali memandang handphone Jeenah di atas meja. Canggih. Seperti biasa, yang dilakukan pada handphonenya, tangannya mula memusing-musing handphone berkenaan. Fikirannya melayang memikirkan hubungannya dengan Faisal. Satu keluhan dilepaskan.

" Kau bukan tak tahu. Aku memang tak ada perasaan dengan dia." jawabnya pelahan. Dia sedar itu alasan yang beratus kali sudah terluah dari mulutnya. Mata redupnya memandang sahabat karibnya itu. Mohon pengertian.

" Itulah kau ! Siapa suruh kau terima dia dulu?" Jeenah tidak berpuas hati dengan kenyataan Syifa.


"Bukan aku yang nak. Dia yang paksa." Jawabnya ringkas. Mempertahankan kebenaran. Dia tidak mahu dipersalahkan. Faisal yang mendesak dirinya itu hubungan mereka. Walhal Faisal tahu dia tidak punya perasaan. Konon perasaan itu akan timbul kemudian hari. Haprakk!! sampai sekarang perasaan itu tidak pernah wujud di dalam hati Syifa walaupun sudah hampir dua tahun mereka bersama.

" Wah wah wah.. dah kena macam ni baru nak salahkan orang lain." Jeenah berkata keras. Dia menolak pelahan bahu Syifa pelahan.

" Sakitlah! Ssh.. aku nak fokus study dulu. Aku bukan serius pun dengan dia.." balas Syifa.

“ Iyelah tu... Study ! Study! Study! itu je yang kau tahu. Satu hari nanti, aku pasti kau akan tunduk pada perkataan cinta!!” tekan Jeenah. Memang sukar untuk memahami Syifa. Entah kenapa dia begitu benci pada perkataan cinta. Sedangkan gadis itu tidak pernah pun menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki sebelum Faisal. Lainlah kalau dirinya yang sentiasa dicurangi dalam percintaan. Bolehlah serik. Ini tidak. Dia sendiri tidak faham. Hanya Syifa yang tahu jawapan itu.

“
Sorry ek.. takde cinta-cinta sebelum kahwin.. Aku nak bercinta selepas kahwin.. baru best!" Syifa berkata penuh yakin.

“ Eleh. cakap je tu.. nnt kau juga yang merana ..” cebik Jeenah.

“ Okey, we will see !!” balas Syifa angkuh. Dia tidak mungkin kalah. Itulah prinsipnya. Perbualan mereka terhenti sebaik sahaja Pensyarah Mokhtar melangkah masuk.

Isnin, 2 Ogos 2010

LUKISAN HATI [PROLOG]


"SEGALANYA ditangan awak. Sama ada dia atau saya, saya tetap akan hormati. Saya tidak akan paksa awak untuk memilih saya... Apa pun yang terjadi selepas itu, saya akan pastikan saya tidak lagi muncul di hadapan awak." hanya itu yang terluah olehnya. Lelaki di hadapannya dipandang sepi. Anak tekaknya terasa begitu perit. Air mata yang ingin keluar cuba ditahan sedaya upaya.

"Perkahwinan ini kita terpaksa tangguhkan buat sementara waktu !" itulah kata-kata yang lahir dari lelaki itu setelah mereka bertemu di coffee zone lapangan terbang tersebut. Sebentar lagi lelaki di hadapannya ini akan pergi untuk menyambung kursus selama setahun di luar.

"Saya tak mampu berkata apa-apa. Saya pening.. lagipun saya mesti fikirkan perasaan dia dan keluarga." Lelaki itu masih tertunduk. Sesekali kepalanya memandang keluar jendela yang melihatkan deretan kapal terbang dari berbagai destinasi. Hujan yang turun sejak tadi mengaburi pandangan. Namun bukan itu menjadi fokusnya sekarang. Matanya kembali menatap wajah di hadapan.

"Macamana dengan keluarga saya ?" dia mula bersuara. Lelaki itu menggeleng beberapa kali. Seolah-olah tidak mampu membuat keputusan yang jelas. Air coffee yang tersedia di atas meja tidak mampu dihirup lagi. Segalanya kosong. Kali ini dia benar-benar tumpas. Airmatanya mengalir pelahan. 'Benarkah mereka tidak punya harapan untuk bersama lagi? Benarkah dia akan kehilangan insan yang benar-benar dia sayangi ?'

"Dia ada di sini.." Lelaki itu bersuara pelahan. Dia terdiam.

"Bukankah daddy awak yang..."

"Daddy ada sekali."

"Owh.." Dia tertunduk.

"Saya pergi dulu, Assalamualaikum!" Dia terus mencapai beg tangan di atas meja. Tubuh lampainya terus meninggalkan lelaki itu walaupun cuba ditahan. Inilah kali pertama dan mungkin yang terakhir dia akan menghantar lelaki itu pergi. 'pergilah.. dan jangan kembali lagi..' naluri wanitanya merintih sedih...

Sabtu, 10 Julai 2010

CINTA BATRISYA [13]

RIZAL duduk di balkoni ruang rehat di tepi rumahnya untuk melepaskan lelah. Urusan jenazah Dato' Zainal sudah selesai pagi tadi. Penerbangan dari Singapore tidaklah mengambil masa yang lama. Dengan pesawat persendirian segalanya berjalan dengan lancar. Jika tadi fikirannya kusut namun sekarang segala-galanya menjadi kosong.

Wajah gadis yang dirindui menerpa kembali. Batrisya tidak dapat dihubungi walaupun berkali-kali sudah dia mencuba. Handphone Iphone keluaran terbaru itu dipandang sepi. Gadis itu memang sukar didekati. Semakin dia mengejar, semakin jauh pula dia berlari. Satu keluhan lahir dari bibirnya.

Saat begini dia begitu memerlukan seseorang di sisi. "Isya................."

"Rizal?" Dia menoleh. Harapannya Batrisya yang muncul pada saat itu. Tetapi tidak.

"Takziah!" Gadis itu terus melangkah merapatinya. Rizal terkedu. 'Dia buat apa di sini?' detik hatinya. Terasa pahit air liur yang ditelan. Dia memejamkan mata. Terasa panas tubir matanya. 'Ah! mana mungkin aku menangis di sini!!' tegas hatinya.

'Bukankah dulu dia yang kau gila-gilakan?' entah dari mana satu suara menerpa gegendang telinganya.

'Itu dulu! sekarang aku tidak cintakan dia lagi!'

'Kau tipu Rizal! Kau cintakan dia. Mengaku sajalah!'

"Diamlah!!" Tiba-tiba dia menjerit. Jeritan itu benar-benar mengejutkan gadis yang setia berdiri di hadapannya.

"Rizal? Are you ok?" Rizal tersedar. Pelahan-lahan dia menggeleng. "Im OK." balasnya ringkas. Kepalanya benar-benar sakit. Dia memicit-micit dahinya berharap kesakitan kian berkurang. Satu demi satu kejutan menerpa dirinya. Arghh!!!

"Maafkan i.. Mummy baru bagitahu. Ingatkan sempat jumpa daddy.. "

"Bila sampai?" pintas Rizal. Tepat matanya memandang gadis bertudung litup itu. Ayu. Sungguh ayu sampai dirinya terjerat dek kejelitaan yang dimiliki.

"Tadi pagi.." Gadis itu menjawab lembut.

Rizal hanya mengangguk. Kali ini pandangannya sudah beralih keluar rumah. Di tingkat bawah masih ramai tetamu yang hadir. Saudara-mara, kenalan rapat dan jauh semua hadir. Cuma dia seorang saja yang tidak ada di sini. Detik hati Rizal. Handphone di tangan dilihat sekilas. Nombor telefon bimbit Batrisya ditekan pantas, tapi hampa. Panggilan masih tidak diangkat. Akhirnya pesanan peti suara juga yang kedengaran. Dia mengeluh perlahan. "U dah makan?" Gadis itu bertanya seraya mengambil tempat duduk di hadapan Rizal.

Dia hanya mendiamkan diri. Soalan itu sengaja dibiarkan tanpa jawapan. Tubuhnya disandarkan kembali ke sofa, matanya dipejam rapat. Berharap segalanya hanya ilusi. Kehadiran gadis itu benar-benar mengganggu ketenangannya.

"Rizal, kalau you belum makan lagi i suruh mak cik Timah sediakan ..."

"Buat apa kau datang?" Pintasnya. Mata yang terpejam dibuka pelahan. Kini anak matanya tajam memandang gadis itu. Gadis itu hanya tertunduk dan mendiamkan diri. Tiap kali soalan itu dilontarkan, gadis itu hanya diam dan bila dia mendesak, airmata gadis itu akan mengalir. Hatinya sakit bila mengingati setiap kenangan yang mereka ukir ketika bersama-sama belajar di UK dahulu. Gadis itu juga pernah berjanji untuk mengikat tali pertunangan dengannya. Namun segalanya hancur apabila dia mendapat tahu bukan dirinya menjadi pilihan.

" Kalau tidak ada apa-apa, aku rasa lebih baik kau pergi. Aku nak rehat!"

Rizal berlalu pergi. Laju kakinya melangkah meninggalkan balkoni itu. Sakit semalam masih belum pulih sepenuhnya walaupun sudah dua tahun perkara itu berlalu pergi.

"Maafkan aku Rizal..." rintih Beliza.



BATRISYA melangkah perlahan memasuki perkuburan Islam yang terletak tidak jauh dari rumah nenek. Letih memandu selama tiga jam tidak dirasakan. Air matanya masih lagi membasahi wajah mulusnya. Langkah diatur pelahan sehingga tiba di hadapan sebuah kubur. Sepi. Angin yang bertiup lembut menyapa tubuh tinggi lampai itu.

"Ayah.. Isya datang." dia berkata perlahan.

Dia tahu menangis sebegini dilarang tetapi hatinya begitu sedih dan tidak ada tempat untuk meluahkan segala-galanya. Pelahan segala isi hati yang terpendam disuarakan sebab dia tahu ayah pasti 'mendengar' di sana. Terdengar isakan kecil di bibirnya namun cuba ditahan. Air matanya tidak putus mengalir. Secara bacaan surah Yassin lancar meluncur di bibirnya.

"Batrisya?" Batrisya yang masih berteleku di depan pusara itu menoleh. Lelaki itu terus menerpa dan memeluknya erat. Batrisya masih kaku, namun airmatanya tidak putus mengalir.

"Ke mana kau pergi? Puas aku call" Rizal memandang tepat ke mata Batrisya. Kedua tangannya kejap memegang bahu gadis itu. Batrisya hanya menggeleng. Air matanya semakin deras mengalir saat teringat kejadian yang menimpanya.

"Hei.. kenapa ni? Whats wrong with you my dear?" Rizal kian panik. Esakan Batrisya semakin kuat.

"OK, Jom kita balik ye?"

Tangan lembut Batrisya digenggam kemas. Mereka melangkah keluar dari perkuburan itu.



LEEZA melangkah pantas keluar dari Honda miliknya. Berita kematian Dato' Zainal benar-benar mengejutkannya. Belum pun sebulan Batrisya bagitahu keadaan Dato' Zainal semakin stabil., hari ini dia dapat tahu Dato' Zainal telah tiada. Langkahnya dipercepatkan memasuki rumah besar Dato' Zainal. Rumah itu penuh dengan tetamu-tetamu yang datang menziarahi keluarga arwah. Kakinya berhenti di tepi kolam ikan di perkarangan rumah tersebut. Matanya melilau mencari kelibat seseorang. Fikirannya hanya satu, Rizal. Apalah nasib temannya sorang ni. detik hatinya. Dalam sibuk-sibuk mencari kelibat Rizal, matanya terhenti seketika apabila melihat kelibat seseorang yang melangkah keluar dari pintu utama rumah besar itu. Gadis itu cukup dikenalinya.

"Beliza?" dia berkata pelahan. "Dia buat apa kat sini? kan dia dah putus dengan Rizal? " Dia berkata sendiri. Dia mencari tempat untuk bersembunyi di celah-celah poko bunga sebesar tubuhnya. "Harap-harap dia tak nampak aku.." kepalanya masih meninjau-ninjau ke arah gadis tersebut.

"Kak Leeza?" satu tepukan dari arah belakang benar-benar mengejutkannya. Qistina terus meluru memeluknya.

"Kak Leeza....."

"Daddy dah takde..."

Gadis itu terus tersedu-sedan di dalam pelukannya. Leeza yang terkejut kembali normal. Dia menepuk-nepuk bahu Qistina sambil matanya masih meninjau-ninjau kelibat gadis yang bernama Beliza itu. Dia tidak mahu kehadirannya disedari oleh Beliza. Dia tidak tahu apa niat gadis licik itu.

Namun hatinya terdetik pada perubahan Beliza. Bertudung litup dan baju yang tidak lagi mengikut bentuk tubuhnya. 'Ah.. ini kan majlis kematian, tidakkan dia pakai baju seksi-seksi?' Leeza mencebik dalam hati.

"Qis rindu daddy.." Suara Qistina menarik dirinya kembali ke alam nyata. Baru dia sedar Qistina yang masih dipelukannya. Muka Qistina diangkat pelahan.

"Sabarlah deq.. Qis mesti rajin bacakan yassin dan surah-surah dalam Al-Quran supaya roh daddy tenang di sana. ok? Tak mahulah nangis-nangis macam ini." Dia cuba memujuk gadis yang berusia 21 tahun itu. Dalam usia yang terlalu mentah, gadis itu kehilangan ibu tersayang dan kini ayah pula.

"Abang Rizal mana? Akak nak jumpa." Dia bersuara sebaik teringat tujuan dia ke sana.

"Abang Rizal ke pusara daddy. Mungkin kejap lagi dia balik."

"Okey, takpelah akak tunggu. Erm.. boleh akak tanya sesuatu?"

"Apa dia kak?"

Leeza menarik pelahan tangan Qistina. Dia mencari sudut yg tersembunyi sedikit.

"Kenapa Beliza ada di sini?"

"Oh.. Dia datang nak ziarah lah kak."

"Oh ye tak ye jugak kan. Bila dia sampai dari UK?"

"Pagi tadi, lepas tu dia terus datang ke mari..."

"Leezaa!!!" kedua-dua gadis itu berpaling serentak.

"Bila sampai? " Rizal tersenyum. Mata Leeza beralih pada gadis disebelah Rizal.

"Batrisya! kau ok? kenapa kau kat sini? Semuanya dah settle ke?" Pertanyaan demi pertanyaan terluah dari mulut Leeza. Senyuman Rizal terhenti.

"dah settle? apa dah jadi?" wajahnya jelas mempamerkan kekejutan.

Batrisya hanya diam dan memandang sepi ke mata Rizal.

"Maafkan aku Batrisya.." Leeza berkata perlahan.



Rabu, 7 Julai 2010

CINTA BATRISYA [12]

"PANGG!!"

Kesan pukulan itu, badannya rebah ke lantai. "Dasar tak mengenang budi! Selalu menyusahkan orang!!" Bergema suara nyaring abang tirinya. Sakit pipinya usah dicakap. Kepalanya rasa berpinar. Hanya linangan air mata yang membicarakan betapa sakit dirinya ketika itu. Tangannya memegang pipi kirinya. Perit!

"Tasya tak suka dia, buat apa Tasya nak kahwin dengan dia!!" Dia menjerit lantang seiring nada suara abang tirinya.

"Habis buat apa kau setuju nak teruskan pertunangan bulan lepas?! Siapa suruh kau terima, hah?!!" Abangnya menjerit sambil menarik tubuhnya. Tubuhnya dihempaskan ke dinding. "Sakitlah.." Suaranya menrintih kesakitan.

"Owh! Tahu sakit? Kau tak fikir yang apa yang kau buat ni memalukan aku dan keluarga ni?!" Kali ini satu tamparan hinggap lagi di pipi kanannya. Badannya terjatuh dan dalam masa yang sama kepalanya terhantuk bucu meja yang berukir di tengah-tengah ruang tamu rumah. Kepalanya benar-benar sakit. Pandangannya mula kabur. Terasa ada cairan panas mengalir di dahi kirinya. "Darah..."Dia berkata lemah. Dia cuba berdiri. Terasa dunianya kian kelam dan ....

"Apa yang kau buat ni hah!!" sayup-sayup kedengaran suara ummi menyapa telinganya sebelum tubuhnya ditolak kasar dari belakang. Namun segalanya hilang dari pandangan matanya.

---------

"Ummi.. maafkan Tasya. Betul ummi, Tasya tak buat perkara terkutuk tu." Dia cuba merayu. Namun belum sempat dirinya berkata, talian sudah diputuskan. Semenjak peristiwa itu, dia tidak keluar dari apartmentnya. Dia malu. Disebabkan mengikut perasaan, dia terperangkap!

"Raz? awak buat apa kat sini?" kelibat Tengku Razman benar-benar mengejutkannya. Entah dari mana muncul, tahu-tahu Razman sudah berada di dalam pejabatnya selepas dia kembali dari toilet. Wajah Tengku Razman kelihatan tidak bermaya seperti hari-hari biasa.


"Isya.. we need to talk!" suara tegas Tengku Razman membuatkan Batrisya kaget. Kali ini apa pula ujian yang datang. Jam tangan di tangan cuba dilirik.' 1:35am? dan lewat nih!" detik hatinya. "Oklah, you cakaplah sekarang sebab i ada banyak kerja kena uruskan." Kepalanya teringat kerja bertimbun yang perlu diselesaikan. Namun hatinya tidak berasa senang jika berdua-dua sebegini dengan Tengku Razman.


"Oklah, kita go somewhere.. you tunggu sekejap, i pergi kunci pintu.." Tengku Razman hanya mengangguk pelahan mendengar cadangan Batrisya. Namun segala-galanya terlambat sebaik saja mereka ingin melangkah keluar dari pejabat.

"Assalamualaikum! kami dari Jabatan Agama......." Entah dari mana munculnya beberapa orang lelaki di hadapan mereka. Batrisya terasa ingin pitam. Dia cuba berlagak tenang.

"Saya rasa encik semua sudah salah faham.." Batrisya berkata sebaik sahaja mereka cuba ditanya soalan yang tidak munasabah!

"Zaman sekarang tidak ada yang mustahil cik, saya harap anda berdua beri kerjasama!" lelaki berbaju biru itu bersuara lantang.

"Dahlah buat kerja tak senonoh, lepas tu taknak mengaku pula!"

"Jaga sikit kata-kata awak ye!! Raz.. awak perlu terangkan pada mereka yang kita tak buat apa!!"Batrisya sudah mula hilang pertimbangan. Hatinya geram melihat lelaki itu hanya berdiam diri.

"Maaf semua ini salah saya..." hanya itu yang terlontar dari Tengku Razman.

"Lelaki tak guna!! memang salah kau!! " Batrisya sudah mula hilang pertimbangan. Tubuh Tengku Razman dipukul semahunya.

"Sudah! Bawa mereka keluar.." Arah salah seorang dari mereka.

"Tit!"

Batrisya membaca pesanan ringkas dari Tengku Harris.

"Aku takkan lepaskan kau! Ingat tu!"

"Pergi jahanam lah kau! Kau dengan abang kau sama saja! Berambus dari hidup aku!!"
Dia menekan punat 'send'. Handphone dicampakkan ke katil. Airmatanya mengalir pantas. Kini dunianya benar-benar kosong. Ummi sudah tidak mahu memaafkannya.

Kali ini deringan panggilan masuk pula kedengaran. Dia menutup telinga. Fikirannya benar-benar kacau. Tanpa berlengah lagi, kunci kereta terus di capai. Destinasi tujuannya hanya satu. Hanya dia yang memahami perasaan hati ini. Setiap kali dia melangkah, satu persatu memori semalam bermain di mindanya.. dan airmatanya tidak putus mengalir..

Khamis, 1 Julai 2010

CINTA BATRISYA [11]


"Leeza i need ur help!" Dia bersuara sebaik sahaja mendengar suara Leeza dari corong telefon.

"Isya? What happened?" Leeza terkejut mendengar suara teman baiknya. Kedengaran satu esakan kecil dari nada Batrisya.

"Aku nak jumpa kau.."

"OK2.. just relax k? kau kat mana sekarang?"

"Aku tengah driving, aku tak tahu nak pergi mana..."

"WHAT?! baik kau berhenti skrg, esh. bahayalah kau bawa kereta dalam keadaan macam ni. Sekarang kau datang ke butik aku. Aku tunggu!"

Esakannya makin menjadi setelah telefon bimbitnya dimatikan. Tanpa berlengah, dia terus memandu ke butik Leeza.

LEEZA tidak tentu arah menunggu kedatangan Batrisya. Sesekali matanya meninjau ke luar pintu. Kelibat Batrisya belum juga timbul. Inilah kali pertama dia mendengar Batrisya menangis sebegitu. Mana mungkin teman baiknya yang ceria itu akan menangis. 'Ini mesti ada yang tidak kena!' detik hatinya.

"Leeza....." Dia menoleh ke arah pintu. Gadis dihadapannya kelihatan begitu kusut. Ada airmata membasahi wajah mulusnya. Segera dia melangkah merapati gadis itu dan memeluk erat.

"Hei.. apasal ni.."dia bertanya lembut. Tangannya menggosok2 belakang Batrisya. Hanya yang kedengaran suara esakan lembut dari Batrisya.

"Oklah.. kita cari tempat k?" Dia terus menarik tangan Batrisya. Batrisya yang seperti orang hilang punca hanya mengikut.

"APA? Dia dah buang tebiat agaknya. Kalau macam tu baik tak usah kahwin!!" Leeza menjerit terkejut. Ombak pantai yang tenang itu tidak setenang dirinya kini. Hatinya dilanda tsunami bila mendengar kata-kata Batrisya.

"Harris tak boleh macam tu. Kalau pun dia nak harta pusaka tu jatuh ke tangan dia, takkan dia nak kau pula jadi mangsa.." Leeza tetap tidak berpuas hati. Terasa sakit hatinya dengan tindakan Harris.

"Aku tak tahu nak buat apa. Ummi dan Mummy kawan baik. Kalau aku tak kahwin dengan dia, samalah macam aku tak mengenang budi keluarga mummy. Tapi dalam masa yang sama aku sedih bila Harris cakap macam tu. Dia ingat aku ni apa?!" Batrisya sudah kembali tenang. Dia kembali mengenakan kacamata hitamnya.



"So kau nak buat apa?" Leeza menyoalnya kembali. Batrisya hanya memandang gadis di hadapannya. "Ntah.. Aku pun tak tahu. Kalau diikutkan hati ini memang aku nak lari dari majlis tu." satu keluhan dilepaskan Batrisya.

"Harris ada cakap, dia akan bayar aku jika aku ikut semua rancangan dia. Tiap bulan dia akan masukkan wang tersebut. Tapi aku bukan nak benda tu, kalau pasal duit ni.. Aku pun ada!!" sambungnya geram.

"Dengar sini.. Antara kau dan aku takkan ada perasaan cinta! Aku buat semua ini untuk dapatkan hak aku sahaja. Kalau semua dah ada kat tangan aku, aku akan lepaskan kau! Jangan lupa budi yang keluarga aku dah buat kat keluarga kau! Anggap semua ini untuk balas jasa keluarga aku, faham!!" Tengku Harris berkata kasar ketika mereka berjumpa di cafe semalam. Batrisya tertunduk lemah. Dalam masa yang sama terbayang wajah ummi. Hatinya merintih pilu. Tengku Harris memang tidak punya perasaan langsung!!

"Sebab keluarga kau dah banyak sangat berbudi dengan keluarga dia. Itulah yang susah. Aduh! aku pun pening fikirkan benda-benda ni. Ha.. kau dah contact Rizal? Dia dah tahu kau bertunang ke belum? Nanti tak pasal2 aku juga yang jadi mangsa!" Pertanyaan Leeza membuatkan Batrisya terdiam seketika. "Rizal pergi Singapore lawat daddy.." dia menjawab pelahan. Apalah agaknya akan jadi kalau Rizal dapat tahu semua ini... Bagaimana dia ingin menyuarakan pekara ini nanti??

Rabu, 30 Jun 2010

CINTA BATRISYA [10]


Segalanya berjalan dengan lancar. Hati dan jiwanya terasa kosong. Kini Tengku Harris sudah sah menjadi tunangnya dan 2 minggu dari sekarang dia akan menjadi seorang isteri pula. Kegembiraan yang dipancarkan pada raut wajah tetamu yang hadir begitu berbeza dengan ke raut wajah mereka berdua. Segala-galanya terasa palsu dan kami memainkan peranan masing-masing.

"Cantiknya bakal menantu Puan Sri.. Untunglah Tengku Harris.." Dia hanya tersenyum kelat pabila pujian demi pujian diberikan padanya. Tengku Harris yang duduk disebelahnya sesekali mengeluh. Dia liar memandang sekeliling, entah mengapa dia terasa begitu kekok dengan majlis yang gah begini. Dia terus meminta izin ke toilet.

"Batrisya Natasya??" Suara itu cukup dikenalinya.

"Tengku Razman??" Dia menoleh. Kini kedua-duanya kelu terpaku. Jelas raut wajah Tengku Razman terkejut.

"You.... buat apa kat sini?" Pertanyaan Tengku Razman membuatkan dia terdiam. Sepatutnya dia yang bertanyakan hal tersebut.

"Ini majlis pertunangan........."

"Razman, kenapa lambat sampai?" Kata-katanya terhenti. Puan Sri melangkah menghampiri Tengku Razman.

"Maaflah mummy tadi jalan sesak sikit.."

Berkerut-kerut dahi Batrisya mendengar penjelasan Tengku Razman. Tak mungkin dia tersalah dengar. Mummy? Apa kaitan mereka berdua?

"Danish mana?"

"Danish tinggal dengan maid, dia demam mummy. Sebab tu Raz tak bawa dia sekali."

"iye ke? Kenapa tak call mummy? Kau dah bawa dia pergi klinik?"

"Dah petang tadi.. "

"Dahlah... jom masuk ke dalam.." Seraya Puan Sri ingin melangkah. Dia terpandang Batrisya yang berdiri tidak jauh dari mereka.

"Tasya?"

Batrisya memandang ke arah mereka berdua silih berganti. "Buat apa kat situ? Mari sini.."

"Razman, inilah tunang adik kamu. Batrisya Natasya! Tasya, ini Razman. Abang Harris..." Batrisya seakan mau pengsan mendengar penjelasan Puan Sri.

"What?!" Tengku Razman seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Baru sahaja dia berniat untuk menyuarakan isi hatinya, namun sudah terlambat. Terasa perit di hatinya melihat gadis yang berjaya membuka kembali hatinya kini bakal menjadi adik iparnya!!

"Saya pergi toilet dulu..." Dia hanya memandang gadis itu berlalu pergi...

Sabtu, 15 Mei 2010

CINTA BATRISYA [9]

"SEMUA persiapan telah diaturkan Puan Sri."

Puan Sri Zainab tersenyum puas. "Bagus! Pastikan semua berjalan dengan lancar." Talian dimatikan. Kini hajatnya ingin menjadikan Tasya menantunya tercapai. Cermin tingkap kereta diturunkan pelahan. Senyuman kian mekar di bibirnya.

"Cepat sikit Sudin."

"Baik Puan Sri.." Kereta terus menjalar laju menuju ke destinasinya.

***********

"APA?!! Tasya taknak ummi..Tasya belum sedia nak bertunang.." Tasya bersuara sebaik sahaja ummi menyatakan hal tersebut. Tadi dia bergegas keluar dari pejabat sebaik umminya menyatakan ada urusan mustahak yang perlu diselesaikan. Belum pun sempat dia melepaskan lelah berkejar pulang, kini dia semakin lelah mendengar kata-kata umminya.

Wanita tua dihadapannya itu tersenyum lembut. "Ummi cuma nak Tasya bahagia nak. Nak ke ummi dah tak de baru nak cari pasangan ?"

"Ummi.. janganlah ckp yg bukan-bukan.." Tasya menarik muka.

"Habis tu?" ummi masih cuba memujuk puteri sulungnya itu.

"Bukan macam tu, lagipun.. erm.. ha.. Tasya belum pun kenal siapa lelaki tu." Tasya cuba berdalih.

"Alah, lepas tunang pun boleh berkenalan. Kalau tak pun lepas kahwin nanti bercinta. Dulu ummi dengan arwah papa kamu pun bercinta lepas kahwin juga. Kita orang tetap bahagia.."

"Tapi itu zaman dulu-dulu. Zaman anak dara tersorok dalam rumah. Sekarang dah lain ummi. Tak sama..." Tasya memintas kata-kata umminya.

"Dulu ke sekarang ke sama saja bagi ummi.. Ummi taknak Tasya sedih lagi, barang yang lepas tak usah Tasya ingatkan!" kali ini suara ummi nampak tegas. Tasya mengalihkan pandangannya ke arah TV. Dia kematian kata-kata.

"Ikut suka ummilah.."

*************

BATRISYA lewat masuk studio untuk latihan pertunjukkan fesyen. Hari ini dia benar-benar sibuk. Matanya melilau mencari pengurus yang dimaksudkan Rizal. Syasya mengekorinya dari belakang. Sengaja dia mengajak Syasya sekali, Syasya perlu pendedahan ini. Tidaklah dia asyik duduk di pejabat sahaja.

"Hello, awak Encik Harris?" Batrisya menegur lelaki yang duduk berhampiran pentas. 'Mungkin inilah yang dimaksudkan Rizal.' Lelaki itu begitu leka membelek dokumen. Dia memandang Batrisya. Serius.

Satu senyuman di hadiahkan Batrisya tanda perkenalan mereka disambut dengan jelingan tajam.

'Wah! sombongnya dia. Macam ini kah cara orang nak berbusiness?' soalnya dalam hati.

"Awak telah menghabiskan waktu saya selama 15 minit." Lelaki itu bersuara. Batrisya terkedu.

"Maafkan saya encik Harris, sebenarnya tadi..." Lelaki itu terus berdiri dan ingin meninggalkannya. Batrisya cuba mengejar. "Maaflah, tadi saya terpaksa pulang ke..."

Tengku Harris berhenti dan memandang tepat ke wajah Batrisya. "Awak ingat ini amaran terakhir. Kalau syarikat awak lambat lagi, kami akan ambil tindakan!" Tengku Harris memberi amaran dan berlalu pergi. Batrisya mengeluh. Syasya memandang Batrisya di sisi. "Sombongnya dia kak!"

"Esh! nanti dia dengar.."

**************

"MUMMY!! Harris belum pun bagi jawapan tentang pertunangan tu. Kenapa cepat sangat?" Suara Tengku Harris meninggi setelah mengetahui Puan Sri Zainab sudah membuat persiapan untuk majlis pertunangannya dengan Tasya. Dia mundar mandir di bilik solek. Batrisya yang sedang leka membantu seorang model memperbetulkan pakaian memandang sekilas kepada Tengku Harris.

'Pertunang?' detik hatinya.

Jelas keresahan di wajah Tengku Harris. Telefon bimbit masih lekap di telinganya. '

Bertunang cara paksa ke?' Batrisya mula berfikir.

'Ah! Kesiannya dia. Kenapalah orang sekarang nak jodoh-jodohkan anak dia orang sendiri. Biarlah anak-anak tu cari sendiri.' dia mengomel dalam hati. Sekali-sekala kepalanya digelengkan, kadang-kadang dianggukkan sambil tangannya leka mempersiapkan baju model.

"Awak dah pekak ke?!" Satu suara hinggap ditelinganya. Bingit. Dia benar-benar terperanjat.

Batrisya memandang wajah bengis di hadapannya. "Saya dengar, tak payah lah jerit-jerit!"

"Awak dengan mummy sama saja!" Tengku Harris terus melangkah keluar dari studio. Batrisya tidak faham apa yang dimaksudkan Tengku Harris.

'Mummy? aku? Dah sewel agaknya dia ni.' getusnya dalam hati.

Dia memandang sekeliling. Baru dia perasan setiap mata memandang ke arah mereka."Kita teruskan latihan ini." Batrisya memberi arahan kepada Syasya.

*****************

RIZAL memandang air kolam yang tenang. Keadaan daddy semakin tenat. kata-kata doktor terngiang-ngiang di cuping telinganya. "Daddy nak Rizal ambil alih syarikat daddy" Kali ini suara daddy pula menerjah di kotak fikirannya. Jika dia melakukan itu semua bererti dia akan berpisah dengan gadis pujaannya. Sekali lagi keluhan dilepaskan. Wajah Batrisya bermain di mindanya.

"Abang!"

Rizal menoleh. Qistina lantas memeluk abangnya. "Qis takut..Qis tak nak daddy mati.."

"Jangan cakap macam tu Qis, daddy tak apa-apa. Kita lakukan yang terbaik untuk daddy ok?" Dia cuba memujuk. Tangisan Qistina membuatkan hatinya tersentuh.

"Doktor kata daddy tak dapat diselamatkan lagi.." Pelukan Qistina terasa erat. Rizal hanya mengeluh, matanya mendongak memandang langit yang suram. Sesuram hatinya. Petang ini dia dan Qistina akan berangkat ke Singapore. Dia hanya mampu berserah dan pasrah.

*********

"PAPA!" Danish berlari riang mendapatkan Tengku Razman yang baru sahaja sampai. Tengku Razman memeluk putera sulungnya. Pipi Danish dicium beberapa kali. Seminggu tidak bertemu Danish membuatkan dirinya benar-benar rindu.

Puan Sri Zainab tersenyum memandang gelagat anak dan cucunya. "Macamana Australia?"

"Macam biasa je mummy."

"Danish nakal tak?"

"tak.."

"Bagusnya anak papa.."

"Mummy ada hal nak cakap dengan kau. Masuklah dulu."

********************

"AWAK sihat?" Tengku Razman memandang Batrisya yang leka melayan kerenah Danish. Semenjak pertemuan tempoh hari, dia dan Batrisya sering berhubung.

Batrisya tersenyum dan mengangguk. "Anish rindu aunti tak?" pipi comel Danish dicubit manja.

Anak kecil itu mengangguk cepat. Batrisya tersenyum sambil menggosok-gosok kepala Danish. Anak itu terus saja menyuap ais krim kegemarannya. Mata Tengku Razman masih lagi tertacap pada gadis di hadapannya. Dia begitu rindu pada gadis tersebut. Saban malam dia menghubungi Batrisya dari Australia.

"U suka tak hadiah tu?"

"Hadiah? Hadiah apa?"

"sebenarnya saya yang bagi hadiah-hadiah tu."

"Awak?"

"Ya!"

"Lah.. kenapa tak bagitahu awal-awal.. saya dah banyak kasi kat orang."

"Iye ke?"

"Iyelah sebab saya tak tahu siapa yang bagi hadiah-hadiah tu. Saya ingatkan pengirim tu salah orang!"

"Tapi macamana awak tahu saya kerja kat sana?"

Soalan Batrisya hanya dibiarkan begitu sahaja.

"Cepat cakap!" Satu cubitan hinggap di bahu Tengku Razman. Tengku Razman hanya ketawa melihat wajah masam Batrisya. Kebahagiaan kian menyelinap di hati masing-masing. Jika tidak ada siapa yang tahu, mereka tidak ubah seperti sebuah keluarga yang bahagia.






Rabu, 12 Mei 2010

CINTA BATRISYA [8]

"Mummy nak Harris tunang dengan Tasya, faham?!"

Suara nyaring Puan Sri Zainab benar-benar membingitkan telinga Tengku Harris.

"Mummy.. Harris taknak. Harris masih cintakan Christina.." Tengku Harris cuba memujuk wanita berkebaya moden di hadapannya. Pagi-pagi lagi dia dikejutkan dengan kedatangan mummy. Ditambah lagi dengan berita yang benar-benar membuatkan hatinya terseksa. Belum pun sampai seminggu dia putus dengan Christina, ibunya sudah mula sibuk menyuruh dia bertunang dengan Tasya!

'Kalau macam ni aku boleh jadi gila.' Dia seakan mahu lari dari semua masalah yang membelenggunya kini.

"Balik-balik nama itu juga yang kau sebut. Mummy tak suka kat dia. Dia bukan setaraf dengan kita! Kau ingat gadis macam itu boleh buat bini ke Harris? Dahlah pakaian macam tak cukup kain. Sakit mata mummy tengok, tau tak? Tasya tu budak baik, manis, kuat agama.. memang sesuai jadi calon isteri mithali.. Apa lagi yang kau tunggu Harris?" Puan Sri Zainab memandang anak teruna bungsunya itu. Keresahan jelas terpancar di raut wajah tersebut. Harris masih diam. Siapa Tasya dia pun tidak kenal. Ibunya saja yang kenal siapa Tasya, sedangkan dia? Rupa paras Tasya pun belum pernah dia lihat. Fikirannya terbayang wajah Christina. Ah... satu keluhan singgah di bibirnya.

"Bagi Harris masa..." akhirnya Harris mengalah. Biarlah kali ini dia mengikut saja kehendak ibunya. Walaupun hatinya masih mencintai Christina, peluang untuk bersama-sama Christina sudah tidak ada lagi. Terbaru, dia mendapat tahu Christina sudah berhijrah ke Australia bersama-sama Faisal.

"Alhamdulillah.. senang hati mummy. Mummy percaya, Tasya gadis yang baik yang dapat bahagiakan Harris satu hari nanti." Puan Sri tersenyum puas setelah mendengar kata-kata Harris. Kini, dia boleh membuat persiapan untuk majlis pertunangan anaknya dan Tasya. Harris tidak mungkin menghampakan hatinya!

**********

Batrisya mempersiapkan diri untuk perasmian Permata Holding malam nanti. Rizal akan menjemputnya pukul lapan malam nanti. Setelah berpuas hati dengan segala-galanya, dia terus melangkah turun ke tingkat bawah. Apartment dua tingkat itu baru saja dibelinya 2 bulan yang lalu. Ibunya, Puan Aisyah bukan main bising lagi bila dapat tahu dia ingin berpindah ke sana. Bukan apa, dia lebih senang hidup berdikari daripada tinggal bersama-sama adik beradik tirinya yang lain. Kehadirannya kadang-kadang tidak disenangi. Jadi lebih baik dia berpindah dan mulakan hidup baru. Lagipun, tempat itu dekat dengan tempat dia bertugas sekarang.

"Wah! cantiknya ibu..." Suara susie, pembantu rumahnya terdengar sebaik sahaja kakinya mencecah lantai ruang tamu. Batrisya memberikan senyuman manis.

"Hehe.. Iye ke?"

"Iya bu! Bener.. Pasti ibu yang paling cantik malam ini" Susie berkata dengan loghat bangsanya.

'Pandailah kau.' Detik hati Batrisya.

"Iye la tu, apa-apa pun terima kasih atas pujian mu. Tetapi gaji kamu tetap sama!" Susie menjuihkan bibir mendengar kata-kata Batrisya

"Saya ikhlas bu! Dari lubuk hati ku yang mendalam.." Batrisya ketawa mendengar kata-kata Susie. 'Ada-ada saja susie ini' detik hatinya lagi.

'Aku pakai macam ini pun dia kata aku cantik!' hatinya berkata. Bibirnya masih tersenyum dengan kata-kata Susie.

Ting tong!

'Itu pasti Rizal' dia mengatur langkah ke pintu. Susie kembali ke dapur menyambung tugasannya.

Sebaik saja pintu dibuka, mata Rizal terpaku memandang gadis di hadapannya. 'Wow! Cantiknya
dia' namun kata-kata itu hanya bersuara di hatinya.

"Shall we go now?" Suara Batrisya mematikan lamunannya. Gerun juga Batrisya bila Rizal memandangnya begitu. Sejak peristiwa di office tempoh hari, Rizal tidak mahu bertegur sapa dengannya. Malam ini watak di hadapannya berbeza sekali.

"Ok." balasnya ringkas.

Sepanjang perjalanan Rizal masih mencuri-curi pandang kepada Batrisya yang duduk di sebelah. Batrisya sudah jauh berbeza. Empat tahun mendewasakan gadis tersebut. Hatinya benar-benar terpaut buat sekian kali. 'Ah! Batrisya.....'


Batrisya kian rimas. Pelik dengan perubahan jejaka di sebelahnya. Semalam bukan main lagi muka tegang semacam, malam ini asyik tersenyum macam kerang busuk! 'Radio ini pulak nak putar lagu-lagu romantik. Dah buang tebiat agaknya! '

************

Malam itu, Batrisya menjadi tumpuan setiap tetamu yang hadir. Batrisya cuba berlagak tenang. Dari jauh sudut, dia terpandang wajah abang tirinya yang kini mengendalikan Dwi Holding peninggalan arwah papanya. Memang abang Johan layak memegang jawatan itu walaupun beberapa kali abang Johan menyuruhnya kembali ke Dwi Holding. Nantilah bila dia sudah kembali bersedia.

"Hai!" Satu suara mengejutkan dirinya. Dia berpaling. Batrisya memandang lelaki yang tersenyum di hadapannya. Kening di angkat pelahan.

'Dia kenal aku ke?' detik hati Batrisya. Kini hatinya lega. Dalam ramai-ramai itu, ada yang mengenalinya dan ringan hati mengajaknya berbual. Dia begitu bosan ditinggalkan Rizal sendirian. Rizal sibuk berbincang hal bisnis dengan ahli koporat yang lain.

"Ingat saya lagi?" kali ini pertanyaan lelaki itu membuatkan Batrisya tersenyum pelahan. 'Tak!' jawabnya dalam hati.

"Siapa ye?" kali ini dia cuba mengingatkan.

"Awak Batrisya kan?"

'Macamana dia kenal aku?'

"Saya Razman!" Tengku Razman menghulurkan tangannya. Batrisya menyambut sebagai permulaan perkenalan mereka. Permulaan? mungkin...

"Terima kasih sebab pujuk my son hari itu." Tengku Razman cuba mengingatkan insiden di Mc D tempoh hari.

"Owh..." Batrisya baru teringat hal tersebut. Kini mindanya kembali normal.

"Its ok, My pleasure. Lagipun saya memang suka budak-budak." Tengku Razman berasa senang dengan kata-kata itu. Hatinya berbunga bahagia. Kenapa ya?

"Mana baby..."

"Danish?" soal Tengku Razman.

"Ya..Danish! So cute..! hehe.." Batrisya kembali tersenyum. Masa berlalu begitu pantas. Mereka bertukar-tukar idea dan pendapat. Hati Batrisya senang berbual dengan Tengku Razman. 'Matang, bijak, penyayang, kacak... begitu perfect. Memang sesuai untuk jadi calon suami! Suami? Esh, ada ke patut! Orang itu kan sudah ada isteri? Apalah kau ni Isya..gatal tak bertempat!'

"Isya!" Suara Rizal mematikan lamunannya. Kini dia sudah dalam perjalanan pulang ke apartment. Kacau betullah mamat ni!

"Jauh berangan?" sambungnya lagi. 'Iye! memang pun....' tapi itu hanya terluah di hatinya. Malam itu benar-benar membuatkan dirinya happy! Kenapa ye?


Rabu, 5 Mei 2010

CINTA BATRISYA [7]


Hari ini aku melayan kerenah si kecil. Masa cuti ku habiskan bersama-sama Danish. Petang itu aku bawa dia singgah ke satu tempat. Mc D! bukan main girang lagi Danish. Inilah anak aku si pengarang jantung! Papa sayang Danish! Tapi sampai saja di sana, lain pula kerenah Danish.

"Papa, anish na ekem (icecream)" pintanya sambil jejari comel menunjuk gambar kecil di atas meja.

"Tak boleh, dah banyak danish makan." Kataku pelahan. Serta-merta danish menjerit. Ya Allah budak ni.. Aku cuba memujuk tapi serta merta tangan kanan danish membaling lebihan icecream di dalam gelas plastik yg tertinggal di atas meja.

"Danish!!" Kali ini suaraku mula meninggi. Danish mula memberontak. Segala yang ada di atas meja cuba dicapai. Aku menarik tangannya kasar.

"Dah pandai lawan papa ye?" Aku cuba menahan kemarahan di hati.

"Boleh saya tolong?" Suara itu mengejutkanku. Aku mengalihkan pandangan pada si pemilik suara itu. Dia menghulurkan senyuman.

'Siapa dia? Pemilik kedai ini ke?' soal hatiku.

"Erm, hello my dear..." Gadis itu terus tunduk menatap Danish. Danish menghulur tangan kepada gadis tersebut. Pinta didukung. Gadis itu terus mengambil Danish dari pangkuanku. Dia cuba memujuk Danish. Beberapa saat selepas itu Danish diam.

'Erk? Dah diam?'

Aku hanya memandang danish yang selesa bersama gadis tersebut.

'Pandai dia pujuk.' detiku hatiku. Hairan pula, Danish bukan macam tu. Dia bukan senang nak lekat kat orang. Mungkin sebab aku marah dia tadi, dia beralih minta perhatian orang lain. satu keluhan ku lepaskan.

"Encik.. Tak pelah, biar saya yang dukung." Pinta ku pelahan. Aku cuba menarik tangan Danish, pelahan tetapi cepat sahaja Danish menarik tubuhnya. Bahu gadis tersebut dipaut kuat. Gadis itu tersenyum pada ku.

"Anak ke?" Tanya gadis tersebut. Aku hanya membalas dengan anggukan sambil tersenyum.

"Tayang.. gi kat papa ye?" Dia cuba memujuk Danish. Danish tetap menggeleng dan tidaak mahu menoleh ke arahku. Danish memang sensitif, macam arwah mama dia. Pantang ditegur mula merajuk dan susah nak pujuk balik.

"Encik nak balik ke?" soalnya lagi. Aku memandang gadis tersebut.

"Owh, iye..ye.. saya nak balik" jawabku.

"Erm, kalau macam tu, biar saya hantar pergi kereta. Lagipun, dia sekarang tengah merajuk." Aku hanya menggangguk mendengar kata-kata gadis dihadapanku. Danish sudah melentok di atas bahu gadis tersebut. Danish sungguh manja. Mahu tidak mahu, aku melangkah ke arah parking kereta.

Setelah meletakkan Danish di bahagian duduk hadapan kereta. Gadis itu terus berlalu pergi.

"Tunggu!" Aku cuba menahan. Dia menoleh memandangku kembali.

" Awak..?"

"Batrisya!" dia lantas berjalan meninggalkanku terpinga-pinga.

Batrisya.. pelahan mulutku menyebut nama itu kembali. Ah! Tak mungkin!!

************

Danish sudah lena di atas katil. Kini jam menunjukkan pukul 2 pagi. Tetapi mataku masih segar. Aku duduk kembali duduk di atas sofa. Bayangan peristiwa tadi masih difikiranku.

"Batrisya..."

'Ah.. tak mungkin...' detik hatiku. Aku berdiri dan berjalan mundar-mandir. Hatiku mula tidak keruan. Aku mencapai bingkai gambar di sebelah katil. Wajah lembut di dalam bingkai itu ku renung.

'Batrisya.. abang rindu sayang....' hatiku kembali merintih.

'Kini danish sudah 4 tahun lebih dan sepanjang itulah juga abang rindu pada sayang.'

Tanpa sedar, air mataku kembali mengalir. Erat tanganku memeluk tubuh kecil itu.

'Maafkan papa sayang...'

***********

True of Love

Daisypath Anniversary tickers